Monday, July 20, 2009

Bulan Rejab

Alhamdulillah... dapat jugak umie berpuasa di bulan Rejab sebanyak 3 hari sahaja.
__________________________________________________________________
Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari
maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari
maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari
maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari
maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari
maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari
maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
_________________________________________________________________
Sempat juga buat entry hari ni... call Kak Illy suruh masak utk bukak pose ptg ni. Kak Illy cuti saja2 dok umah, biarlah dia masakan utk kami sekeluarga... Kalau ikut fabret dia.. ayam masak kicap le kot,,, sbb umie tak suruh dia masak ikut selera umie.. biar lah ikut selera dia pulak. lagi pun dia bukan jenis yang pemakan.... ikut perut dia je, roti ke.. biskut ke.. pun dah ckup utk dia.... sbb tu dia keding jer... hik hik hik... tak macam Yana... makan ala2 umie... tgk le badan dia... semontel mak dia nanti ahaks...!! sib baik dia tinggi mcm ayah dia....
Balik nanti nak singgah pasar malam, teringin pulak nak makan laksa buyung dgn roti john @ kebab, memang sedap, tak terdapat di pasar malam lain2 tempat.