Monday, December 31, 2007

SEPANJANG TAHUN 2007


Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2007. Aku rasa masa terlalu cepat berlalu, dan aku terus mengharap tahun 2008 akan di lalui dengan lebih baik dari tahun2 yg 2007.



Ni kampung Pak Yong selepas di landa BANJIR pada awal tahun 2007. Mak dan ayah mentua umie hanya tinggal berdua sahaja.... Banyak pokok2 yang mati. Masa ni balik kg tolong mengemas barang2 yang dah tak boleh digunakan lagi.




^ Hari Ulang tahun umie... ;-)^




^ Majlis pertunangan anak Umie, Khairool dgn Safiah pada 25/2/07^


^Cuti-cuti Malaysia di Pantai Port Dickson^

Kenangan Manis di rumah anak2 yatim Darul Izzah, Bangi. Pertama kali bertemu
BLOGGERS. ONDE, PB, Pinnut,RAD dan lain2nya....

Terima kasih sekali lagi buat JDIdham & Family. Terima kasih banyak2 dari kami

Semoga Allah berkati hidup mu sekeluarga... ameennnn..


Masa Hari RAya Aidilfitri.
Mengambil kesempatan singgah di tepi pantai Tanjung Mas, Muar
sambil menikmati MEE BANDUNG Muar dan ROJAK PETIS... yumm yum..

Hari RAya Aidiladha baru2 ni....

Dalam dulang tu lauk pauk
dari jiran. Biasanya kami bertukar2 makanan bila musim2 perayaan.
Seronok kami dapat merasa masakan bermacam2...
Kali ini umie dgn Pak Yong bawa mak & ayah mentua ke rumah
anak perempuan nya di KOta Tinggi, Johor.
Setiap kali aku lalu di pekan Kulai aku nampak bangunan yg
terbengkalai dari dulu lagi hingga kini di tengah2 bandar (sakit mata)

Sunday, December 30, 2007

BLACK AND GOLD


Andainya dulu, umie berulang alik ke Office dgn hubby, tapi sekarang umie dah
berasingan pergi dan berasingan balik. MASING2 dan ASING2.
Sedih juga bila ku kenang2kan. Tau2 jer la... bila berdua2 dalam kereta,
macam2 cerita ada....
ada kala sampai merajuk2... hik hik hik....
Bukan apa... tu tandanya kami bergurau senda....
tambah kasih dan sayang bila meningkat usia....
Sebelum ni umie akan sampai rumah dalam pukul 8.30 atau 9.00 malam setiap hari,
anak2 terpaksa beli makanan sendiri di kedai, atau umie akan beli sekali
semasa dalam perjalanan balik. HUbby kuar dri tempat kerja pukul 7.00 malam, sampai office umie dalam pukul 7.20 malam... jenuh gak umie nak tunggu dia... (pukul 7.00pagi dah keluar rumah).

....Tapi sejak berASINGan ni, aku sampai rumah pukul 6.30ptg... sempat la nak masak apa2 yg patut utk family.

Along nak kawin April tahun depan... insyaalah
Aku tak nak susahkan dia, bila dia dah ada family sendiri...
Itu pun salah satunya umie perlukan sebuah kereta lagi....
(Anak 5 org )
Semoga Tuhan berikan kami rezeki yang secukupnya... insyaalah.
*Adakala kerinduan itu datang mengetuk pintu hati ku.... huhuhu...

Monday, December 24, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Esok 25 Dec. dan akan berakhir tahun 2007,
....dan menjelma lah tahun 2008 tak lama lagi. Selalunya orang akan tanye "Apa Azam Baru di tahun baru..?"... Biasanya kalau ada kawan2 tanye kat aku...aku jawap... "terlalu banyak azam sehingga tak tercapai"...

Tapi, bagi aku... setiap sambutan Awal Tahun, yg terbenak dalam kotak fikiran aku ialah, "Makin TUaaa dah aku..." sama juga bila sambutan ulangtahun diri kita , ayat itu juga yg terkeluar dri mulut kita... Tua dah akuu...

10hb. Januari pulak 1 Muharam 1429 HIjrah., tak jauh bezanya
sambutan tahun baru omputih dgn kelendar Islam.
Setiap hujung tahun, yg pasti aku fikir, ialah
cukup ke apa yang telah kita lakukan?Amalan kebaikan kita utk
keluarga dan orang lain...
DI terimakah segala Ibadah yang kita lakukan sepanjang tahun ni..??
Semua dalam persoalan, hanya Tuhan yg mengetahui..

Persediaan kena ada utk menghadapi hari2 akan DATANG...
TERASA BENAR AKU KALI INI.... aku makin menyenja...




Tuesday, December 18, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Korban


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan2. Kepada yang akan beraya di kampung, berhati2 di jalan raya... sekarang musim hujan dan banjir di setengah2 tempat.
Umie pelan nak balik ke Muar esok iaitu sehari sebelum raya.
Tapi.....
anak2 umie semua tak nak ikut balik kampung.... depa nak beraya kat KL, susahnya hati aku. Tak kan umie dgn huby je yg balik kg...?? kalau kita ajak balik ke kampung,,,, soalan dia org" Kat kg. ada sapa?? " umie jawap le.. "kat kg ada Iddin anak Mak Itah, ada intan2 payong anak cik Nani...." Dia org terus diam dan umie pun mati akal...
Esok nak usaha juga pujuk2 balik ke kg....
Umie kesian kat ayah, kesian juga kat mak ayah mentua umie. Ayah masih ada anak2 lain yg dtg menjenguk selalu tak kira waktu, sbb adik duduk tinggal berdekatan dgn rumah ayah.
Tapi...
Mak dan ayah mertua umie, hanya tinggal berdua sahaja, ayah mertua kelihatannya semakin uzur... tak sanggup kalau raya ni umie tak balik beraya dgn dia org. Ada anak lelaki sulong tinggal berdekatan, tapi Tuhan lebih menyayangi dia dan kembali ke Rahmatullah 3 tahun yg lepas, dalam usia 60 tahun kerana kanser usus. Hubby ada 6 beradik, 5 laki2 dan 1perempuan. Hubby anak ke 3. Adik dibawah dia laki2 pun meninggal dunia 6 tahun lepas kerana kanser kelenjar. Sekarang ni tinggal la 4 beradik yg semuanya dah kahwin. Semua adik2 hubby beraya kat rumah mentua masing2... kesian pulak kalau aku tak balik beraya... tak kan dia nak beraya berdua je...
Di Johor,
Raya Haji tak semeriah di negeri Pantai Timur...
di kampung umie juga kg hubby sambutan ala kadar sahaja, tak ada sapa pun yg dtg ziarah, cuma makanan tu masakan mcm raya aidilfitri juga ,,,, ada ketupat rendang, lontong, kuah kacang... makan la kami sekeluarga.... bersama2.



*nak pujuk anak2 ajak balik kampung*

Wednesday, December 12, 2007

Anugerah

Anugerah Angkasapuri pada
7hb Dec 07

Tak tau nak citer apa2, sebab umie hanya menghadiri Majlis yg penuh makna itu, Kebetulan Along penerima Hadiah Pereka Grafik Terbaik 2006, antara agensi2 Kem. Penerangan Malaysia. umie hanya penonton dan terima kasih kepada Tuan Haji Hanafi mewakili pihak Along utk mengambil Trofi, sijil dan tiket penerbangan.
Along tak dapat hadir disebabkan dia menjalankan tugas sempena SUKAN SEA di Korat.
Tahniah Along.

Saturday, December 08, 2007

TERIMA KASEH

Umie tak ada cerita menarik, cuma nak ucapkan ribuan terima kasih utk PB kerana menunjuk ajar serba sedikit ilmu yg dia ada, dan blog umie akan di update dari masa ke semasa... seronok juga tukar2 wajah... dan belum ada kesempatan utk meng *add* kawan2 umie, nanti lah kalau ada kelapangan.... muahhhh utk PB.

Terima kasih juga kepada OD, kerana mengajar umie utk masukan lagu. harap OD sihat walafiat buat masa ni... mwahhh juga utk OD.

Ada sorang lagi, BUDIN namanya dan nampaknya semakin bertambah femes sekarang, semalam jumpa dia di auditorium perdana, pagi tadi terserempak dia lagi di foyer wismaTV. "Dunia ni kecil" katanya... niat di hati nak ajak dtg ofice umie sbb nak minta tunjuk ajar yg lain2 nya mcm blog dia tu... ada ruangan sembang.... tapi apakan daya ku... *AKU SGT PEMALU*

... dan kepada IDHAM ... ribuan terima kasih kerana dia yg banyak memberi tunjuk ajar utk mengenali dunia blog.

wassalam...

Sunday, December 02, 2007

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah bermula... dan episod seterusnya..
Posing Intan-Intan Payung
Minggu pertama cuti sekolah, 2 org anak buah umie INTAN NORDIANA dan INTAN LYANA call umie ...
INTAN : "ellowww mak ngah, esok intan dgn nana nak dtg umah makngah, tau... "
umie : " Okey... bawa baju sekali ye, rumah mak ngah tak ada baju kecik2... semua
baju besar2..."
INTAN: Okey... ehh kejap mak ngah... 1, 2, 3.. arrr lagi 3 hari lagi.... sabtu nanti abah
hantar Intan dgn Nana tau.... mak ngah bawa kita org pegi GIANT yer... nak main kat
taman permainan... Intan nak mak ngah belikan kereta control...

umie : okey.... tata...
Intan : byeee mak ngah.. i luv u....

umie : luv u too....

INtan Nordiana masuk 7th (lahir hujung dec.), anak sulong kepada NANI (adik bongsu umie)...yg no 2, Intan Lyana berusia 5 tahun dan yg ke 3 Intan NOR berumur 3th...(lupa nor apa erk...) tapi semua panggil dia DEK NOR...



Nani kawin di usia awal, jodoh dia datang cepat... tapi dapat anak selepas 7 tahun perkahwinan, macam2 usaha untuk dapatkan anak.... lambat juga dia nak mengandung... lom ada rezeki lagi..



Pada tahun 2000 arwah mak ke Mekkah menunaikan haji... sebelum arwah mak berangkat, RIMI suami Nani, berbisik kat Mak... "Doakan MIE dapat anak bila mak dah sampai Mekah yer..." Mak kata.. "yer.. insyaalah".



Dengan berkat Doa mak, beberapa hari sebelum mak balik dri Tanah Suci, Nani di sahkan doktor dah mengandung....Doa MakTuhan kabulkan...alhamdulllah... Sapa tak happy masa tu... hanya Tuhan saja yg tau.... kami bersyukur....

Selepas Mak balik dri Mekah, dia sering tak sihat.... mmg arwah mak menghidap penyakit diebetis sejak 20 tahun lalu. keluar masuk hospital dah biasa bagi Mak. Dan Mak tak dapat menatap wajah anak2 Nani kerana Tuhan lebih menyayangi nya.


Sebab tu anak2 Nani diberi nama INTAN di awal nama masing2.... bermaksud INTAN PERMATA HATI.....



------------------------------------------------------------------------------------------------



Sabtu pagi tu mama dia kata masing2 dah tak sabar nak dtg umah umie....

Pukul 1.00 tghari, Dia org sampai . Masa tu umie tgh mengecat bilik tidur, nak tukar2 warna la kununnya... nak nampak lebih romantik (romantik ala2 vateran)... ahaks..

Sampai je rumah umie. dia dah tageh janji nak ke Giant.... nak ke taman permainan tak sabar2 katanya.... umie pun pergi bawa syahmie sama sbb takut tak terkawal... nama jer perempuan... tapi lasaknya , setanding dgn budak2 lelaki.

Lepas makan KFC, dia nak bungkus donnat , sorang 3 biji. perasa ikut suka depa la... cokelat dgn strawbarrey. Singgah kedai rm5 dia org beli sepit dan pengikat rambut sekali.... juga board mewarna yg kilat2 mcm water colour... siap ada drawing...

Siap beli lebih kurang, umie ajak dia org balik..... risau pulak bila teringat budak2 hilang.... mana la tau... kita terlepas pandang.... tgk2 dah tak ada... NGERI rasanya..



Petang tu...

Umie mandikan Nana, siap pakai baju, suruh Intan pulak mandi, dia kata nak mandi sendiri.... ok je la... umie biarkan....sambil2 umie dok melipat kain, tunggu intan mandi.... tetiber... bunyi.. berDENTummm... berdeRAAIiii... dri dalam bilik air... kecut perut umie... terus umie terpa pintu ketuk2 .. "Intan... buka pintu.. pls... pls... cepat2..... berderau darah umie... (lama pulak nak buka)

Intan buka pintu.. lega hati umie... aku peluk dia.. kat lantai serpihan sinki bertaburan...... nasib baik jatuh hala ke lain... "makngah.. kaki INtan pedih.. aduhhh pedihnya.... mak ngahhhh... sakit... " aku tgk peha dia berdarah, banyak pulak tu... terkena serpihan, cepat2 aku bubuh minyak gamat dan tampal plaster... Kalau la jadi apa2 kat Intan... apa la umie nak kata kat mama dia... "Allah lindungi dia"
Dia citer, masa dia nak gosok GG, dia nak tgk cermin, jadinya dia panjat tandas dan tekan sinki sebelah kanan... rupanya sinki tu tak berapa kuat, jatuh la berderai....

KEesokan hari nya,,,,

"Makngah, Intan nak dok sini sebulan... kan cuti sekolah..." terkelip2 je ler aku... mcmana la aku nak ckp ni erk...
"Mak Ngah... boleh kan mak ngah.." aku renung je mata tiap2 sorang... sambil tu aku pelok dan cium rambut yg masam dek peluh tu.... "sayang... boleh jer... tapi kalau mak ngah pi keje... sapa nak jaga intan dgn nana..? " cepat2 dia jawap.." tu.. abg Syahmie kan ada..." Nak tergelak umie... "sapa nak bagi makan intan nanti..?? " kesian pulak aku tgk, dia tunduk jer...
"Ok la mcm nie... minggu depan sabtu pagi Intan dgn Nana dtg lagi.. ok tak?? kita jalan tempat lain pulak... ok tak??" OK katanya... lega aku.. "Malam ni pukul 10.00 mak ngah hantar balik rumah... kesian Dek Nor tau... kat rumah tak ada kawan..." Angguk2 je dia... Dia org teruskan main SAIDINA, umie siapkan mengecat bilik. Tetiber je aku dengar dri luar bilik... "Mak Ngah rambut MAGGIE". umie balas balik... "sapa makan magie?? intan nak mkn magie ke?? ?".. "Tak la... Mak Ngah tu, rambut maggie..." siar ulangan pulak dia..... " Magie la lawo.... Intan dgn Nana tu rambut SPAGETTI.... " Sengeh jer dia.... Rupanya dia belum nak balik rumah dia... sbb tu dia dok mengata mak ngah dia rambut maggie... tunjuk perasaan la tu... hahahaha . Memang seronok melayan kerenah budak2 usia mcm tu.... terhibur dan ada kala menduga kita.


Bukan senang nak jaga anak2 org... walaupun anak saudara kita.....

Wednesday, November 28, 2007

HADIAH

Sejak cuti sekolah ni.. umie sibuk sikit...
Semalam dri awal pagi dari pukul 7.30 hingga ke malam, menguruskan hal anak2.... Dri Shah Alam sampai la ke Pahang...
Ada yg nak tukar kolej lain... yg baru habis periksa SPM kena la ambik di hostel...yg dah PMR pun ada.....yang susah hati kita la sebagai IBU, sebab nak tau result masing2 nanti... ghisau la umie....
Kalau dia org dpt cemerlang nanti akan la dapat HADIAH masing2... kalau tak cemerlang, dapatlah nasihat2 power dri umie... ahaks..

Tak ada plan lagi utk cuti sekolah, tapi rasanya nak ke pameran buku kanak2 yg OD war-warkan tempoh hari....kot2 la jumpa dia kat sana... ngeh...

NIE.. saja la umie copy paste email yg telah di forward.... untuk suka2 jer....

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami
anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN...... .. Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... ...... Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... ...... Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... ...... Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... ...... Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. ..... Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... ...... Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR..... Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ...... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA....... ....... Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ....... Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... Mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN....Tandanya kekasihnya itu menyayangi
nya dunia dan akhirat.

PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum ni....
HANDPHONE... tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!...... aku Kan
cari mu walau dimanapun...melainkan kalau handphone tu
ditutup..... [kuang kuang kuang]

*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!!!

Friday, November 23, 2007

AKU GEMBIRA

Sejak Along outstation, umie ke Office agak lewat sikit.... Kali ni Along pergi agak lama juga... 10 hari gitu... Jadinya boleh la umie ke office bawa kete dia.


Sejak hubby kena tukar di Subangjaya, setiap hari sampai ofice pukul 7.30 dan balik pukul 8.00 malam... Eeee mmg la bosankan.... kalau time banyak keje ok juga sambil2 siapkan keje2 office. tapi kalau masa keje tak banyak tu, otak buntu dah teringat2 rumah.

Sementara Along tak ada ni... merdeka la kejap... awalpagi, sempat basuh kain baju dan masak utk anak2 yg dok ada kat umah...pastu siap bawa bekal utk lunch.(jimat aku)..

Berkesempatan perhati aktiviti tarian aerobik kat depan rumah umie. Tapi idak le aku nak aerobic kat tengah padang mcm tu... MALU..! paling tidak pun menari dalam umah jer le.. dgn DANCING PAD... ok juga.. janji berpeluh.


Dia orang siap bawa anjing kesayangkan, tambat kat pokok... boleh pulak main cakk... cakk.. dgn aku tu.... hehehe.. comeyyy. Nasib baik ko tu anjing,,, kalau kucing aku dah gomoi2....


Hari ni sebelum kol 9 dah sampai office... cuti sekolah jalan kurang jem. seronokkk nyaaa...... walaupun hanya sementara.


Niat dihati aku nak ambik kete ini... orang kata jimat minyak, tapi aku kena la conggak2 dulu... kalau rezeki menyebelahi aku.... Insyaalah

Saturday, November 17, 2007

BERNIAGA KECIL-KECILAN

Sejak dua menjak ni, umie terjebak dalam satu perniagaan kecil2an. Senang je perniagaan ni... letak je atas meja ke bawah meja ke.. org akan dtg cari umie. Perniagaan yg terlalu simple...ringan pulak tu...

Macaman boleh umie tercebur dalam perniagaan ni?? nak tau....?
Satu pagi,kebetulan umie terserempak dgn kawan lama yg baru tukar ke KL . Dulu dia bertugas di Kelang. sebelum tu dia bertugas di Kem Pendidikan di Damansara (bhg TV pendidikan) . Kiranya dri KL ke Kelang, dari Kelang Ke Damansara , ke Kelang lagi, pastu ke KL semula.


"Hye Jan, awak apa kabar sekarang? " sengeh2 je aku sapa dia... rindu rasanya dah lama tak jumpa dia. "eh,, mie... tak pasan aku. Sama je ko dgn dulu2 yer...." Aku terperasan le kejap.... macam rasa di awang2 bila dia sebut mcm dulu2 juga... hahaha.... "U bawak apa ni Jan, berbondot2 je ni... ko ni masih rajin ye business mcm dulu2.... seronok aku tgk... buat business apa sekarang ni?? "


Macam biasa la dia senyum2 simpul sambil berkata, " Nie arr.. cendawan dgn tempe la... apa lagi.. nak ke..?? " Orang yg mmg otak business ni kat mana2 dia boleh berjual... Dia sambung lagi citer nya, " Aku dok jauh mie... minyak nak kena isi jugak, TOL lagi... anak2 aku semua tgh belajar lagi... " Aku angguk2 kepala je... mmg aku kenal JAN dri aku anak dara lagi. Cuma kami berlainan bahagian. Dia sambung citernya lagi...


"Anak sulong aku study lagi kat Dublin ambik acc, dah habis digree dia nak sambung buat master pulak, no 2 kat Kuantan ambik coz business dan yg bongsu dok asrama.... tinggal la aku bedua je dgn hubby aku." Seronok aku dengar citer2 dia.... Zaman muda2 dulu, asik2 citer pasal Boyfren,,, ler ni dah citer pasal anak2 pulak.. hehehe.


Aku pun beli le cendawan 2 peket dgn tempe satu ikat (5 keping).


Balik rumah, anak bongsu suruh umie goreng cendawan, sanggup dia ke kedai beli tepung NONA kaler hijau (lupa perasa apa). Selalunya anak umie beli cendawan goreng di pasar malam ,,, ciput jee rm2.00 2 kali ngap dah habis..


umie nak perturunkan resepi cendawan goreng paling simple:


1) SEPEKET CENDAWAN TIRAM


2) TEPUNG GORENG RANGGUP

(selalu guna keluaran NONA)


Siat2kan cendawan tiram ikut suka hati masing2... nak lebar ka.. nak halus2 pun boleh jugak. Lepas tu basuh dan perah untuk menghilangkan kandungan air. Taburkan dgn tepung ranggup NONA dan gaul rata. sementara tu panaskan minyak dalam kuali,... lepas tu terus ler goreng hingga kekuningan .... (selalunya, sekali goreng terus habis.... kadang tak sempat nak masuk dlm pinggan hihhi.. makan dgn nasi panas2.. umphhh,,, mmg lazat.... mcm ayam goreng je rasanya..


Sejak umie jumpa kawan lama , umie pun berniaga la kecil2an, sekarang ni makin berkembang la pulak.... seronok juga la... bukan pada keuntungan yg umie berkira, tapi pertalian persahabatan makin akrab dan bertambah la kawan2 sekarang.... Depa seronok sebab umie siapkan resepi cendawan goreng.


Nie cendawan yg baru umie siat2 di office tadi masa lunch hour, daripada aku tido membesarkan body, baik aku buat keje2 yg ada paedah sikit... ahaks..

Tuesday, November 13, 2007

PENUTUP RAYA



Semalam kami di Office ambil kesempatan untuk menbuat majlis Penutup Syawal, Perancangannya nak buat gak la dalam bulan raya ... tapi masa tu ramai pulak yg Out Station, pastu asik2 kena tangguh. maklum lah... bab makan2 ni kami dah macam satu keluarga, kalau makan yg agak special, teringat kat kawan2 lain yg tak ada sama... tu la kelebihan Unit kami....


Kawan2 semua dah habis citer pasal Raya... tapi umie dah tak ada citer nak tulis takat ni....



Hanya untuk tatapan:

1. Kami makan nasi dagang ikan darat dan kari ayam juga acar timun

(Catering kira satu kepala hanya rm5.00) murah.....

2. Nasi impit makan dgn sambal kacang

3. Lemang dan rendang ayam

4. Pulut kuning dgn rendang daging + limpa

5. Bihun goreng special

6. Puding cendol, kueh raya dan kueh talam seri muka.


Gambar yg akhir sekali ni masa open house di rumah anak buah umie "FARAH" tapi pict dia tak ada dlm ni. budak2 kecik tu cucu2 ku.... hehehe (anak kpd anak buah ku) .



Wednesday, November 07, 2007

PINJAMAN

Semalam hangen seluruh badan.... GERamm,,, ggrrrrr...
Tengahari kol 11.30 pagi umie ke pejabat PTPTN di Damansara Height. Dulu pernah pi sana, tapi sekarang ni dah banyak berubah, dah makin banyak pembangunan dan jalan2 yg berselirat, simpang siur... jadi nya, nak sampai kesitu.. berpusing2 entah mana2 peginya... melebihi setengah jam juga la baru jumpa...

Sampai je di kaunter, umie terus ke tingkat 6... (mengikut arahan)...kat situ utk pinjamam IPTS. Sampai je di kaunter tingkat 6 tu, umie nampak 2 org student tengah bincang2 pasal borang pinjaman dgn seorang kakitangan kaunter (perempuan mengandung).

Umie pun dgn hajat yg sama, nak serahkan borang yg telah lengkap di isi... Dia kata, borang kena hantar di tempat university dimana dia belajar.... (terkedu aku, terus je hangen seluruh badan aku).

Sabtu lepas, semasa aku nak kembalikan borang di UNISEL, memang aku terlewat hanya 15 minit saja... Dengan jalan yg jem, jadi tak boleh nak sampai dalam masa yg kita dah jangkakan. sepatutnya dalam kol 4.30 umie dah sampai kat Btg Berjuntai.... tapi hari tu umie sampai pukul 5.15 minit. Sampai sana pegawai2 dari PTPTN dah beredar, cuma dia sampaikan pesanan, sesiapa yg tak dapat hantar borang pada hari tu, dia suruh hantar di alamat mengikut sampul surat yg dah disediakan.

Makanya hari ni, umie pun pergi la ke Pejabat PTPTN.
"Macamana ni cik puan.... hari tu pegawai sini kata suruh hantar kat sini kepada sesiapa yg terlewat hantar, tapi dah jadi mcm ni pulak, dah la di beri masa hanya semimggu,,, dalam masa seminggu tu lah budak2 tu kena siapkan dukomen, kalau yg jauh di utara atau selatan tu,,, dia org kena balik kampung... semua2 dokumen kena ada pengesahan... semua tu ambil masa..."

"Tenguk adik2 ni... jauh nak kesini, semata2 nak hantar borang pinjaman... tapi bila sampai je.. dah jdi mcmana ni pulak... kesian tau...."
Dia jawap , dia kata date line utk penyerahan borang PTPTN tu pehak university yg tetapkan... bukan sini..?? Ermm.. part ni aku jadik BLUrRrr... sebab aku tak pasti,,,

"Dulu isi form online, tak payah guna borang... tapi bila dah isi semua... tetiber je tukar pada pengisian borang secara manual pulak..... ehh tak paham la.." Dia jawap... arahan dri MENTERI.... eeEEEeeee.. gerammnyaa akuuu,,. Depa ni boleh tukaq suka2... hari ni okey.. esok dah tak okey... semuanya sloww.... semuanya yg menyusahkan semua pihak... planning yang tak profesional... mcm ni ke kalau berurusan dgn pengurusan kewangan??? pegawai sombong... mentang2 la student2 perlukan duit utk menampung pembelajaran. Heran.... gaji kakitangan kerajaan naik banyak.... tapi kalau kalau keja tak komited tak ada perubahan, sampai bila2 pun org akan pandang "kakitangan kerajan hanya goyang kaki, tak buat keje,,, hanya mengait, menjahit dan mengumpat" (itu perempuan) kalau yg laki2 pulak org kata lain .... suka duduk kat cafe sembang2 lama2... boleh hisap rokok .
Maaf la kalau ada yg terasa, maksud umie bukan semua kakitangan kerajaan... aku pun keje dgn goverment jugak... ahakss..

Tapi masalahnya,,, aku dah sampai kat Pejabat ni.. apa salahnya kalau ambik dah hulur je la kat bhg pengurusan pinjaman... bukan payah pun... tu yg aku herannya... mcmana dgn org2 lain yg berurusan benda yg sama dgn aku hari ni...?? mungkin semalam atau hari2 berikutnya... semua pasti kecewa dgn layanan kaunter kat situ..... layanan mcm hampehh,,,, dgn raut muka yg tak ada senyuman dan ckp dgn nada yg serious.... tak ada kata2 maaf sikit pun walau kesilapan dri pihak dia... (lain kali buat infomation yg tepat).

Aku tak nak la berhangen lama2....., aku terus je keluar tanpa ckp apa2 pun... Budak yg 2 org tadi tu, ikut belakang aku... dia kata, " Akak... kalau akak ckp banyak2 sekali pun, kita juga yg kena balik... kita juga yg kena ikut peraturan dia... ". "Itu auntie tau.... tapi setidak2nya.. biar la dia tau kepayahan kita.. kesusahan kita... luahan hati kita... kalau kita diam jer.. dia ingat pihak dia tu betul..."

Sekian.. itu lah kesahnya,,,,,
*menyusahkan ramai pihak...





Monday, November 05, 2007

ROMBONGAN KE KLCC - 27.10.2007

Dah 2 tahun rasanya,Umie mengenali Cikgu Yatie dri kampungchat. Itu pun kebetulan. Masih ingat lagi Yatie menegur umie masa tu... banyak persoalan dan penerangan antara dia dan umie... mmg melucukan... memang ada sejarah yang kami tak akan lupakan sampai bila2.... terus kami jadi kawan rapat sehingga kini.
Pertama kali jumpa Yatie semasa dia menghadiri kursus di KL... kami dapat sembang panjang dan banyak citer2 yg menarik.
Baru2 ni Yatie mengikuti rombongan TADIKA anak ke-3 nya ke KL. Kami buat temujanji.
Kami janji jumpa di taman KLCC pukul 1.30tgh. berhampiran kawasan Masjid. tapi.. pada hari tu, kebetulan pulak Sabtu di bulan syawal, warga2 kota tentunya mengadakan rumah2 terbuka buat sahabat handai.... jadinya banyak jalan2 JEM. Pukul 12.30 umie dah keluar dri rumah.Umie dgn kak Illy ambil keputusan naik PutraLRT, lebih mudah. Hampir setengah jam bas tak sampai2... umie pun tahan texi...
"En.. boleh hantar ke Terminal Putra..??" okey la katanya. Dalam hati ni dok berkata2... kemana la PakCik nak bawa kami?? gaya mcm nak ke jalan lain jer..
"EN... saya nak ke Terminal Putra..." yer la... dekat PWTC tu kan.. dia balas,,,
"Itu Hentian Putra en.. kami nak ke Terminal Putra dekat2 Tmn Melati..."
Iskk. aku pun satu hal gak... awatnya tak sebut Terminal Putra LRT. kompius la driver texi tu.
Lebih kurang jam 2.45 ptg, umie pun sampai la di kawsan taman KLCC tu... dah terlambat... takut timing depa lari, kelam kebut je umie dgn kak Illy berjalan, dah tak toleh ke kiri kanan pun....
Tak ada apa buah tangan pun utk Tie dgn anak2 dia. Terkilan juga sebab tak sempat nak singgah kemana2.Umie cuma bawa KEK yg Yatie pesan sebab nak sambut bezday anak laki2 ke-3 nya dgn kawan2 di Tmn. Kalau dia bawa kek dri Ipoh, jadik lempeng agaknya bila sampai di KL.
Insyaalah lepas ni kami plan nak jumpa lagi kalau dia ke KL.

"HAPPY BEZDAY NIZAM"

Ini sebahagian gambar buat kenangan. Umie belikan 2 biji kek coklet yg berlainan warna .Berbunga2 pulak tu.. Alahai... tu jer la yg ada kat kedai kek belakang umah umie... tak ada pulak yg gambar2 katun ke... umie lebih suka beli kek kat kedai melayu dri bangsa asing...

Seronok melayan anak2 makan kek.."cikgu, nak bunge.. nak bunge... makcik saya nak bunge juga.. (makcik tu umie lerr..)"

Cikgu Yatie tengah melayan budak2 dan cikgu2 lain makan kek... Seronok.. mmg seronok.. BEST...!



Walaupun umie tinggal di KL, tapi kawasan ni tak pernah lagi umie jejaki lagi... Terima kasih Cikgu Yatie, sebab cikgu lah umie dapat menyemadikan gambar2 kenangan di KLCC ni. Niat hati mmg nak ambik gambar KLCC building dri bawah sampai atas, tapi kamera tak mengizinkan, ada jugak visitor dok terguling2 atas rumput nak ambik shot yg menarik...

Insyaalah akan dtg lagi.. dan kepada cikgu Yatie... terimakasih sekali lagi...


Thursday, November 01, 2007

KONVOKESYEN KAK ILLY

Semalam 31 Okt. 2007 kak illy konvokesyen.
Aku kena la masuk tido awal sikit sebab nak bertolak dari rumah dalam pukul 5.00 pagi.
Pukul 4.00 pagi dah terjaga... rasa macam bangun nak makan sahur bulan puasa pulak.
Lebih kurang pukul 4.50 umie dgn hubby bertolak dri rumah.... awal sungguh la pulak... Dalam 2 setengah jam sampai la nanti... ke Sabak Bernam.

Berhenti waktu masuk solat subuh di masjid Sekinchan. Terasa hening dan tenang bila solat subuh di masjid, rupanya.. maklumlah kebiasaannya solat subuh di rumah saja.... Insyaalah akan ke masjid berdekatan... waktu subuh lagi selepas ini.

Dalam pukul 7.20 pagi umie dah sampai di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam... Kawasan perkampungan yang aman... dgn keluasan hampir 100 hektar, yang siap di bena sepenuhnya pada tahun 2004, bersebelahan dgn Sekolah Intergrasi, ILDAS dan Pusat Latihan Acc.

KENANGAN

Pict masa hari terakhir kak illy di Politeknik di Sabak Bernam

Suasana yang tenang dan damai setenang air tasik...

Semalam, kedatangan aku membawa sejambak roses orange dan putih..tanda penghargaan utk anak perempuan aku yg telah menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Eletronik komputer

Beratur sebelum naik ke pentas

Lepas selesai semua, kak Illy kata, nanti nak naik

stage lagi sekali, tapi nak pakai "TOPI SEGI EMPAT"

alhamdulillah masih ada semangat nak belajar.


Kongsi kegembiraan bersama teman-teman


Dgn ayahanda

Jurugambar profesional, makanya... jadi la sekeping gambar yang siap ada effect sekali...cantekkk juga na.. hahaha..malas aku nak layan dgn gambar ni.. tapi aku kena juga la post kat sini sbb aku tak ada gambo lain.. kecuali yang INI.

Lebih kurang pukul 7.30 mlm baru umie sampai rumah... Adehhh penat sungguh. Penat sebab dok menyinggah banyak tempat. Hari tu, umie seronok sebab dapat menunaikan solat di 3 buah masjid. Subuh di Masjid Sekinchan, Zohor di Masjid Sg. Besar, Asar di masjid UNISEL Btg Berjuntai menjengguk anak ke tiga yg study kat sana...

Harap2 dia dalam keadaan selamat sentiasa... insyaalah...

Tuesday, October 30, 2007

OPEN HOUSE

Ahad baru ni umie ada buat jamuan Aidilfitri.
Dah jadi kebiasaan ku... bila dah balik ke Kl... umie akan buat sedikit majlis untuk adik beradik dan juga saudara mara juga sahabat handai. Tak lupa jiran2 umie yg berdekatan...
Umie order nasik tomato dri KakNah catering. Lauk ayam masak merah, jelatah dan dalca. Umie hanya rebus ketupat segera, kuah soto, bihun soup dan rendang campur (daging, paru dan limpa) dan kuah kacang. Kueh raya mana yang ada...
Open house tahun ni lupa nak ambik gambar sebab sibuk melayan tetamu.
Langsung tak ambik mcm tahun2 lepas. Tak sapa pun yang mengingatkan.
Pukul 11.00 pagi orang yg pertama datang kak Zai & Family, Nani (puteriKK)& Anak2, Kak Hanie & Anak2, Myza (suraya) dan anak2 dan yus (ulaukapak) . Semua tu sahabat dari kampungchat.com. Seronok nya kami menyembang.... Rindu sebab dah lama tak jumpa. Kami memang mesra sejak dulu.
Sekarang kami dah lama tak join sana.... bukan tak nak join, tapi disebabkan insiden tak tak menyeronokan dan mengundang kepada pemfitnahan... makanya lebih baik kami semua mendiamkan diri. Itu lebih afdhal.
Selain jiran tetanga, kawan2 anak2 umie dan kawan2 office umie datang silih berganti...
Nasib baik la.. anak dara umie si Kak Illy dan Safiah (bakal menantu) rajin juga di dapur menolong menambah makanan apa2 yg kurang di luar... kemas2 dapur dan mencuci pinggan mangkok.
Pukul 9.00 malam tetamu penutup dari office umie.... aduiii masa tu nak ajak sembang pun dah rasa nak katup mata... dah tak larat sangat... Tutup je kedai,,,, umie kemas ala2 kadar je...
Lepas Solat Isya' terus terlena.... tapi bangun balik dalam pukul 11.45 mlm. Teringat nak perangatkan rendang dan dalca yg ada sedikit baki...
Hari ni baru boleh nak menulis blog, dah rasa lega dan segar mcm sedia kala.... Alhamdulillah, sakit2 urat ku dah pulih...
Esok umie akan ke convocation Kak Illy di Sabak Bernam....

Tuesday, October 23, 2007

SATU HARI DI HARI RAYA

Hari ni umie cuti lagi.
Semalam dah kerja... Tapi masih dalam mood Raya. Kawasan parking dah di pasang kemah utk sambutan hari raya Jabatan/Kementerian. Jadinya hari ni memang MALAS nak pi keje... suka2 je MALAS erk.... Pagi2 umie dah call BOSS kata tak sihat. Memang tak sihat sbb kepenatan tambah cuaca sekarang ni yg tak menentu... kejap hujan... kejap panas.. Bila badan kurang sihat, jadik la MALAS nak keluar ke office. (mcm ni la org yg dah berusia lanjut)

Sambutan Aidilfitri tahun ni sama dengan tahun2 lepas. Cuma Kak Long tak dapat bersama2 beraya dgn kami semua. Kesian dia sebab terpaksa berhari raya di wad hospital. 3 hari sebelum Aidilfitri, suami kak Long tetiber pening dan muntah2.... Kak Long panggil jiran utk bawa Abg Long ke klinik, tapi Doktor kata suruh bawa terus ke Hospital. Rupanya BP Abg LOng tertalu tinggi, sampai tak boleh nak buka mata... kesian dia terlantar di hospital.

Raya ke- dua kami adik beradik melawat Abg Long di Hospital Kluang. Alhamdulillah dia dah beransur pulih, dan sekarang dia sudah berada di rumah...
Makanya umie tak ada menyimpan gambar kenangan dgn keluarga Kak Long.
Adik beradik seramai 8 orang dari 9 orang


Keluarga tercinta bersama ayahanda umie



Beratur untuk bermaaf2an (anak2 buah)










Keluarga sebelah HUbby





Mak Ayah mertua bersama anak2 dan menantu( hanya 6 beradik meninggal 2 orang, so tinggal 4 beradik)2 lagi beraya di rumah mertua masing


Umie dgn BIRAS2 (aku lah paling IRENG)

Nanti ada gambar lain umie akan display kat sini lagi...

Tuesday, October 09, 2007

SALAM LEBARAN



SALAM LEBARAN




Sempena kita akan menyambut hari lebaran yang mulia ini,
umie ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir batin.


kepada rakan2 yang sudi mengunjungi blog umie ini.
Mungkin hari ini hari terakhir umie berada di office.
Mungkin umie balik ke kampung sebelum subuh lagi pagi raya.
Belum pernah umie buat macam tu.


Selalunya umie balik dua hari sebelum hari raya dgn anak2 saja kecuali Along.
Hubby dan Along balik pagi raya, selepas solat raya di masjid berdekatan.
Tapi raya tahun ni kami sekeluarga balik sekali pada pagi raya.
Plan nak sampai kampung dalam pukul 7.30 pagi.
Dalam pukul 5.00pagi kena la bertolak dri rumah.
Jadi...boleh la solat aidilfitri kat kampung.

Sebelum pulang ke kampung,
Umie plan nak masak ketupat (anyam daun kelapa),
kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan masak lodeh johor.
Orang Johor mana boleh tinggal lontong, tu wajib.


Cuti awal sikit sebab nak siapkan baju raya kak Illy dgn Yana.
Baju Melayu anak2 tahun ni kena beli siap,
plan mmg tak nak beli, sebab baju melayu tahun lepas masih elok lagi.
TApi budak2 ni rupanya cepat membesar dan meninggi,
Lengan baju senteng dan seluar dah singkat.
Umie tak sempat nak jahit sendiri.

Baru ni umie ke MYDINS Selayang,
tgk banyak baju melayu banyak dan okey juga la juga meterialnya, warnanya,
apa lagi HARGAnya... terus je beli 4 pasang termasuk hubby punya sekali.
Cuma kena kecilkan pinggangnya sahaja (nasib baik ibunya tau alter) .
Selesailah semua bab2 pakaian. Alhamdulillah.


Kat rumah dah tak boleh online sebab PC masih sakit. nampak mcm tenat jer...
semalam Along dah ganti power supply kedua2nya. CPU dah ok, tapi rupa2nya
MONITOR pulak tak leh nak on... tak nyala. Kedua2 komputer pulak tu.
Owner rumah yg tgh dok renovation tu kata, dia nak ganti rugi kerosakan
yang masing2 alami. Bill2 nanti kita serah je la kat dia.so.. TQ so much.
Wiremen tu memang dah tak datang sampai sekarang.


untuk semua
JUMPA LAGI SELEPAS RAYA
sudi2 lah datang ke rumah umie
di seri gombak



Thursday, October 04, 2007

22 Ramadan...

"Along.. tolong hantar mak kat station PUTRA kerinci pukul 3.45 yer.." Along jawap oker jer.. Biasanya umie akan balik sama dgn Along dalam pukul 5.30 ptg. Tapi...
Semalam terasa nak balik dri office awal. LAgi pun keje2 utk persiapan siaran Aidilfitri dah hampir selesai. Adalah sikit2.

HAti umie terasa rindu sangat kat rumah... hehehe rumah pun kita boleh rindu2 erk... apa lagi kat penghuni2 rumah yg kita sayangi.... tu la kan.. makin berusia ni.. makin banyak kenangan manis yg kita dah lalui... dan semakin banyak la kita terasa rindunya... kat keluarga kita, sama yg jauh atau yg dekat... kat kawan2... kawan lama juga kawan2 baru.... kat jiran2 kita juga.. jiran juga adalah sebahagian dari ahli keluarga kita yang terdekat.Dan berbaik2 dgn jiran adalah digalakan...

Umie selalu teringat pesanan arwah IBU.... selalu dia berpesan... "Berbaik2 lah dengan Jiran tetanga kita... susah senang ada tempat kita nak ngadu.." (masa tu umie baru berusia awal20an) baru nak belajar hidup berkeluarga.

Masa umie dalam train syahmie call kata "Mak... komputer tetiber meletup2.... amie kena shot letrik.... kat mouse..." umie jawap... ok.. mak nak sampai rumah dah...

Sampai rumah, syahmie kata dua2 komputer dah tak boleh "ON" . Tak per la.. nanti suruh Abg Long tgk2 sebab apa jdi mcm tu..

Lepas solat Asar, umie pun gesa2 la keluarkan ikan dan apa2 jer la... untuk masak berbuka.. sambil2 tu.. dok masukan kain baju dlm mesen basuh... lipat kain2 yg dah kering... Bila buka ekon nak bgi sejuk sikit badan ni.....tak boleh ON juga.....

Rupanya satu block rumah kami kena eletrik shock, sebab rumah tepi hujung sekali tengah renovation, ntah mcmana agaknya wireman tu buat keje....? sampai jdi mcm tu sekali....

Jiran sebelah rumah mengalami kerosakan komputer, lat top dan econ. Sorang jiran tu yg tengah buat cookies untuk tempahan raya, rosak kat main swiss... (taktau nak sebut nama apa)
Kesian dia sbb mlm tu dia nak hantar kueh2 ke pelanggan di UIAM...
Sebelah lagi sorang tu... rosak Astro recorder. peti ais dah kipas angin silling....

Malam tadi kami dok la bincang2 dgn jiran tetanga... nak atasi masalah masing2... Erm... masing2 kena mintak ganti rugi... banyak juga tu... kalau tak nak bayar ganti rugi kami... kami akan buat report kat TNB, lepas tu Bomba dan juga Majlis perbandaran Selayang... Sebab apa,,,, sebab dia buat renovation tu menyalahi undang2... batu2 dan juga pasir telah menutupi longkang kami... jadiknya, nyamok bertambah banyak ... Pastu... Pili Bomba juga tertimbus... kalau la jdi kebakaran semalm... mana la nak korek Pili Bomba yg dah tenggelam tu... Pastu.. pemasangan wire kat rumah tu mungkin ada kesilapan.... kalau tak.. tak kan boleh jadi mcm tu.... Bila kami persoalkan pasal masalh2 tu.. kontaktor tu jawap... semua tak ada masalah... ada2 je la yg depa jawap... makanya.. kami terus diam le... yer ler.. waktu2 pagi kebanyakannya suri2 rumahtangga,,,, mana ada org laki2... masing2 kerja.. Pagi ni masing2 nak jumpa kontraktor ajak berbincang.... tatau la apa citer seterusnya...

Sunyi le buat sementara ni sebab PC dah rosak.... anak2 pun dah mula boring sebab tak boleh nak online.... sabar jer la.... di bulan RAmadan ni....tingkatkan amalan2 di bulan Mulia ni....

Tuesday, October 02, 2007

Salam Ramadan yg ke- 20.

Hari ni masuk hari ke-2 kak Illy kerja di Shah Alam.
Maka bertambah jauh la perjalanannya. Tapi kak Illy tak kesah pun.... aku juga tak kesah sbb dia dah dilantik ke jawatan tetap. Syukur alhamdulillah..

Kak Illy kata nak belanje makan utk kawan2 di office lama masa bulan puasa ni... Umie kata, bagus le.. sebab bersedekah di bulan Ramadan ni, pahala kita sama dgn puasa kita dalam sehari. Kak Illy cadang nak bungkus jer sebab lebih mudah. Insyaalah planning kak Illy tertunai.

Hari ni juga umie kena keluar rumah pukul 6.00 pagi...sampai office sebelum pukul 7.00 pagi... Kak Illy sampai bus stop kerinci dalam pukul 6.30 pagi,, kesian juga umie tgk dia... bukan nya apa.. sebab nak adjust time berapa jam perjalanan dia dri rumah(gombak) ke Shah Alam.

Dulu dia boleh jalan lenggang lengguk dgn kasut tumit tinggi dia... dgn handbag kecik dia.. Tapi sekarang dia kena bawa bag extra. umie tgk dia bawa bag sandang belakang macam bag budak2 sekolah pulak... dia bawa botol air utk dia berbuka puasa dalam bas.... katanya, pastu dia bawa telekong utk senang dia nak singgah kat mana2 surau. Semalam dia sempat solat di KL Sentral. Dari KL Sentral dia naik komuter ke station Sentol dan ayah dia dah tunggu kat sana... Doa umie hanya dia selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Ada lagi 10 hari nak RAYA.... apa pun umie tak siap. Baju kurung ada la 4 pasang termasuk yg Kak Illy belikan hari tu... Langsir tak payah nak ganti dah masuk 3 tahun, bukan apa... sebab malas nak menjahitnya lagi pun masih elok lagi.... Kueh raya order dri jiran yg memang dia niaga kueh raya setiap tahun. Paling2 pun umie nak buat rempeyek, tu mmg tiap tahun tak tinggal. Duit Raya utk anak2 buah dah siap tukar singet2 semua.. cukup la rm200. Yang tahun lepas pun ada baki lagi siap dlm envelop tak buka masih tersimpan... Kerepek2 dah umie suruh adik kat kampung orderkan... Kacang2 umie order dri kawan kat Office.

Letih juga otak dok memikir.... Apa pun RAya tetap Raya...
Dalam kecerian kita utk menyambut Hari RAya... kita kena ingat juga... ramai Insan2 yg tak bernasib baik di luar sana, dalam kesedihan

Kerja2 dah tak banyak... Aku Legaa bangget sih...... ada la satu prog tu nak kena siap... Solat Aidilfitri dari Mekah..... minggu depan aku plan pasti siap...
umie cuti dri 11.10 - 19/10.....

Wednesday, September 26, 2007

PELIK-PELIK...
Umie dah masuk kali ke-3 dapat email bergambar tentang kejatuhan
helicopter NURI tempoh hari...
setiap kali, selepas umie tgk lebih2 kurang... terus delete..Tapi tadi ni, umie buka satu persatu... memang teramat kesian bila tenguk mayat2 yg dah membengkak dan beru**t (tak tergamak nak sebut sbb kesian sgt2).Bila di amati lagi, terdapat 2 buah motosikal berwarna biru dan merah,,,, ada cable computer, dan barang2 lain... bertaburan...
Tapi macamna boleh helicopter bawa barang2 berat saperti tu erk..??
macam bawa barang nak pindah rumah..
Lepas tu.. umie fikir lagi.. Pak NAjib kata,
Nuri masih boleh digunakan... dan selamat. Makanya.. siapa yg bersalah?? Nuri atau manusia yg membuat kesilapan...? Nuri dah ramai mengorbankan anggotanya...
Ada orang kata, mereka meninggal sebab tertindih dgn barang2 berat...
Tapi pd umie tu mmg dah ajal dia dan tu hanya la penyebab kematian mereka.. Innalillah...
Makin lama makin banyak kejadian PELIK2...
DUnia dah ke penghujung...
Fangsi bumi pun dah berubah.RAsanya banyak benda2 pelik yg terjadi disekeliling kita... cuma kita tak perasan. Bukan budak kecik saja kena rogol, tapi ada seorg nenek yg sedang berteduh (hujan) kat tepi jalan pun pernah kena rogol .
Makin ramai haiwan yg bertopengkan manusia..Kita perlu berhati2 walau dimana kita berada... walaupun dalam rumah sekali pun... tak mungkin kita rasa selamat.
Jangan layankan juru2 jual yg menyapa kita atau mengetuk pintu pagar kita...
dalam dok menjual barang.. mana tau dia seorang penyanggak...
Itulah perubahan zaman... dulu manual, kini komputer. dulu pos surat, kini email atau SMS,,,, zaman teknologi yg makin canggih....
zaman IT..segala2nya berubah...

Sunday, September 16, 2007

Hari ni 3 Ramadan.
Sabtu: 15/Sept/2007.

Bukan selalu kami dapat makan semeja dalam satu family. kecuali hujung minggu. beberapa minggu ni rasa kekurangan saja...

Kebiasaan anak2 umie yg duduk kat asrama akan balik rumah pada hari Jumaat. Yana dah bgitau nak balik tghari Jumaat... dalam pukul 3 sampai la rumah. Khaire sms umie, dia kata tak dapat balik minggu ni sebab Class habis pukul 6 ptg. dah 2 minggu Khaire tak balik... terasa Rinduuu sangat... Hari2 pasti makan nasi bungkus. macamana agaknya waktu sahur dia... bila umie tanye, dia kata beli lauk dan panaskan waktu sahur. Nasi masak sendiri... okey juga le... sekurang2nya dia tau dan merasa bila berjauhan dri mak ayah... doa umie, semoga dia baik2 sajer dan dalam kesejahteraan... yg penting dia dapat belajar dgn baik.

Khairie anak ke-3 dari 5 beradik, dia terlalu istimewa buat kami sekeluarga. Sifat nya yg kuat memerontak sejak kecil,membuatkan umie selalu teringat2 kat dia bila berjauhan. Apa lagi waktu berbuka puasa.Kami sekeluarga biasanya akan mengikut selera kegemaran dia...AYAM wajib ada.... tak kira la.. umie nak masak apa pun... goreng ke.. masak kicap ke... masak kari ke.. janji AYAM. makanan sampingan semasa berbuka ialah mertabak.... dalam sebulan puasa,itu la yg dia beli hari2...macam tak ada rasa jemu.


pic.ni umie terjumpa dalam PC, folder dia

Tapi, hari ni mmg terlalu rindukan dia, rindu kerana dah terasa lama umie tak kiss PP dia.. dahi dia.... tak pelok2 dia... anak2 laki2 yg lain, bila umie nak muahh2 PP semua malu.. apa lagi depan kawan2...

Tapi Khairie tak kisah sgt,kat mana pun umie nak muahhh2 PP...depan kawan2 dia ke.. atau kat parking masa umie hantar dia balik hostel.
Dua minggu lepas dia balik rumah... umie beli bezday kek utk dia.. yg pasti umie nak dia rasa happy... walaupun terlalu jarang nak tgk dia senyum... terlalu serious... adik2 pun takut nak gurau dgn dia....
Tapi... sejak dia tinggal di asrama.. dan jauh dri family... umie nampak ada perubahan juga... alhamdulillah... berkat kesabaran dan iringan doa tiap hari...

Semoga dia akan jadi insan yg berguna bila dah besar nanti.

Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK




Lega hari ni... umie dah tak sesibuk hari2 yg lepas... rasa nyawa umie dah di bagi balik... alhamdulillah... Sebelum ni rasa macam nyawa2 ikan.... Nak update blog pun tak ada masa langsung.

Esok dah nak mula berpuasa. Teringat kat anak2 umie yg dok kat asrama... Yana.. Khairie...Rindu....

Bila dah start puasa.. mula ler teringat persiapan raya pulak... baju raya, kasut raya. kueh raya... tudung raya, tudung tingkap raya, cat rumah raya... segala2 RAYA....



Tadi... umie call kak Nah catering... kot2 la dia boleh masak lebih utk umie masa bulan puasa tahun ni, macam tahun lepas... Masakan kak Nah ni mmg selera umie... masakan family... tak terasa ada perasa makanan (ajinomoto) yg berlebihan... lagi pun harga yg berpatutan. macam tahun lepas, paling2 pun RM15 sahaja utk 5 orang makan... tu pun nasik beryani atau nasik minyak.... kalau lauk2 biasa2... RM 8.00... kadang boleh makan sampai waktu SAHUR... (sangat2 berpatutan)....

Mungkin tahun ni harga berlainan... harga barang semua dah naik...

Kalau nak masak, memang tak sempat. Kalau ke pasar RAmadan pun, RM20 tak seberapa yg kita dapat...

Hari ni... umie dapat hadiah tudung dri sesorang. Dia janji nak bagi BUNGEee... tapi aleh2 dia datang bawakan umie Selendang berbungaeee... hihihi...boleh buat tudung Raya ... terima kasih Kumaran.... tq so much... sempat umie ucap, "semoga panjang usia u... dan dimurahkan rezeki u"... Dia ler sesorang produser yg tau menghargai kerja2 kita...Aku design tak lawa mana pun, tapi dia kata lawa... hehehe...


Thursday, August 30, 2007

MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



Malam ini... detik jam 12.00 malam
31hb Ogos,
Malaysia akan menyambut keMERDEKAan.

Itu lah setiap tahun, seluruh rakyat Malaysia akan meraikan kemerdekaan dgn penuh semangat. Berduyun2 warga KL juga luar KL akan berada di Dataran Merdeka.

Selain di dataran, ada juga program di lain2 tempat juga spt di KLCC juga di area Bkt Bintang.


AKu dah berpuluh tahun menjadi warga Kl, tapi... belum sekali pun aku jenguk2 ke kawasan2 tu.. Dari aku masih bujang trang tang tang lagi, aku tak terlintas utk menyambut di kawasan2 spt itu...Tapi bukan bermakna aku tidak ada semangat kemerdekaan,,, tapi ntah la.. aku lebih suka merdeka dgn keluarga di rumah.... !! sehingga lah sekarang.. Lebih baik aku tonton TV sambil bancuh KOPI... sambil guling2 atas sofa....

Kebanyakan yg datang dgn keluarga, semata2 untuk menyaksikan permainan Bunga Api, selain dari berhibur dgn penyanyi2 tanah air... Masa ini lah yg di tunggu2 oleh remaja2 kita lepak2 di dataran merdeka sehingga pagi subuh.... Itu lah setiap tahun. Aktiviti2 yang tak bermoral dah tak terbendung lagi.



Pagi tadi kebetulan aku tgk prog Allahyarham Sudirman Hj Arshad... Sudir yg aku tau adalah seorang penyanyi berjiwa patriotik. Peminat dia dari semua lapisan, tak kira muda.. tua.. atau kanak2... dan juga semua bangsa,,,


Sedih aku tgk prog tu.... ramai yg menitiskan air mata dari kalangan org2 yg terdekat dgn Allahyarham, terutamanya reporter, pengubah juga penerbit2 lagu. Sudirman adalah seorang yg kreatif bila membuat sesuatu persembahan. Dia memang bukan seorang penyanyi yg sombong... sentiasa memberikan senyuman dan akan menegur "hai" kepada sesiapa yg dia jumpa, walaupun dia di kenali ramai. Tapi Tuhan lebih menyayangi dia...

dalam usia 37 tahun dia telah pergi ke Rahmatullah. Alfatihah...


Time2 macam ni aku suka dengar lagu2 patriotik nyanyian Najib HAnif lagu Ilham Pujangga (suara garau ) dan sorang lagi aku minat dengar lagu2 Roy (suara mantap)

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA KE -50 TAhun...

merdeka... !! merdeka..!! merdeka...!!




(eso aku nak pi keje OT dabel... ahak)

===========================================

Kat atas tu citer semalam sebelum aku balik dri office....

Malam tadi, aku tido lewat sikit... aku tido lewat bukan sebab aku ke DATARAN Merdeka,,, aku tgk kat TV jer....kejap channel 1!, kejap channel 2.. kejap channel 3...Aku suka tgk shoot kamera... aku tunggu pak Lah nak laungkan MERDEKA...

kejap2 aku dengar bising2 kat depan padang rumah.... aku jenguk2 .. ramai budak2 dok kat padang.... siap ada makan2 lagi... aku rasa dia org nak tenguk bunga api kot...

Biaq pi la depa... depa pun nak merdeka jugak.... mcm aku gak... mcm orang lain jugak... cuma cara yang berlainan

Kak Illy dok tenet, online dgn kawan2 dia la kot... sebelum tu aku online... kot2 ada kawan2 lama online... nak ajak sembang2 kejap... nak hilangkan ngantuk...! tapi.. se orang pun tak ada...depa masing2 dok depan TV kot... erm...

Tepat jam 12.00 mlm. Pak LAh laungkan MErdeka.....!!! 7 kali...

Semasa laungan MERDEKA.... shoot kamera dri atas BUKIT AMAN.... ke Dataran Merdeka.Pemandangan yg cantek... ada LRT sedang lalu perlahan2..... maybe STAR LRT... tapi suka sgt pemandangan waktu tu... (TV1).

Alahai... sian aku kat Pak Lah... suara mcm dah tak ada tenaga je.... Jean asik2 dok kibar2 bendera mcm tak lepas dri tangan... Tapi aku suka tgk Agong kita... wah... pemaisuri kita makin lawa... verstyle... walaupun dia bertudung memang cantek..... tak puas mata aku nak memandang...

Hari ni, 31hb Ogos 2007...MErderka....!! Merdekaa..!!

Bangun tido pagi tadi, aku terus buka TV... Keseluruhan nya berjalan dgn baik dan lancar... Meriah. Nyanyian lagu2 patriotik di era aku masih sekolah rendah lagi.. berkumandang... lagu penuh semangat... (nak cari lagu2 lama di labrary RTM).nostalgia...

Pukul 11 pagi. aku dah sampai kat Office aku....

Meriah juga Office aku hari ni... macam Hari Raya pulak... depan studio dah siap sedia makan, untuk tetamu juga kaki tangan bertugas pagi ni... siaran Langsung dri studio....

Aku tetap sibuk dgn keje2 aku....

Sibukk... Sibuk.. Sibuk.... nasib baik anak2 aku dah besar2....

LEGgagaaaaa.......

Monday, August 27, 2007




CUTI-CUTI MALAYSIA
22 - 24 Ogos 07
Biasanya kalau cuti sekolah kami sekeluarga pasti balik ke kampung.... Johor. Tapi kali ni, anak2 umie semua ajak kami cuti ke PD. Kak Illy awal2 dah booking apartment kakitangan KWSP. tak mahal pun... utk 3 hari 2 malam... hanya RM50.

Kak Illy kata... sementara dia masih keje di KWSP... kalau dia dah dpt keje lain nanti... tak merasa la nak dok apartmen tu lagi...


Umie dan hubby ikut jer la planning dia...


sekali2 berendam dalam air.... best jugak...


Abadikan nama atas pasir



tak boleh nak sorok2 dah.... bertambah maju....
Seronok sekali2 dok tapi pantai... tgk sunset, rehatkan minda, rehatkan mata dri bersengkang depan komputer .


Doktor suggest,,, sesiapa yg kerja juru x-ray atau sesiapa yg selalu terkena ultra violet, atau kimoetrapi juga digalakan berehat di tepi pantai...


syamie, yana dan hubby....montelnya aku....

syamie, kak Illy, hubby dan yana

nak beli atau cuma nak ambil bau2 jer ni...