Saturday, February 23, 2008

CACA MERBA

Nampak sibuk tak umie sekarang ni??? Ini lah salah satu hasil kerja tangan yang umie buat...

Sambil2 aku susun bunga ni.... otak aku berfikir juga... mana patut aku nak bubuh nanti... Itu gubahan bunga yang belum lengkap, masih banyak kekurangan nya... sebab tu aku ambil cuti minggu depan sebab nak siapkan kerja2 kat rumah yg masih terbelangkalai. Nak ronda2 Kuala Lumpur. huhuhu.. penat nya... kena naik bas, sebab parking mahal bangett...

Padang di depan rumah aku. Ada 2 tingkat padang.Satu atas dan satu di bawah. Padang atas dijadikan taman permainan kanak2, luas la jugak Lepas tu, tetiber dalam 4, 5 hari kebelakangan ni dibena sebuah bangunan yg aku tak pasti utk buat apa? Mungkin Dewan kecil rukun tetangga. Masa ni lah persatuan penduduk area rumah aku meminta kelulusan membena bangunan kecil ... yer la kan.. nak pilihan raya(aku agak jer la)
Padang yg dibawah tu, betul2 depan rumah aku... Tu padang bola keranjang. Kebanyakan yang datang main bukan dri kawasan FAsa dua ni.. tapi datangnya dari lain2 fasa sebab biasanya mak atau ayah dia org akan hantar anak2 ke sini...
Besar kemungkinan Kenduri kawin Along nanti umie nak berkemah di sini.
Ini gambar mak ayah kucing2 kecik ni... comeyy sgt kucing2 tu... pasangan kucing yang ideal, ibarat suami isteri gitu... selalu aku perati, kesana kemari berdua2an.. belum pernah lagi aku tgk perangai kucing mcm tu.. makan sama2.. tido pun sama2.. walhalnya dulu2 depa ni adik beradik... bila dah remaja dah jadi girlfren boyfren pulak... pastu aleh2 yg betina tu mengandung dan Si-ibu beranak 3 ekor. Aku pun tak tau nak tgk mana jantan dan mana betina. Bila Ibu dah beranak, si Bapa nya tak payah orat2 kucing betina lain, sebab si isteri dah siap ada. hihihi
Kalau ada kucing jantan datang nak orat si Ibu kucing tu... SI bapa kucing akan menghalang... selamat la si Ibu kucing.. hik hik hik..
Anak2 kucing yang comey2 belaka... gebuuu.. tapi sekoq dah mati, mungkin tak cukup zat masa dalam perut si Ibu... sebab saiz dia kecil dri yg lain... nak bubuh nama apa erk..??

Gambar di ambil tghari tadi, semasa aku keluar ke Office dari rumah. Jalanraya sedang didalam proses menaikan taraf . Ini lah jalan dari arah Gombak/Bt. Caves /Karak HIghway menghala ke KL melalui Jalan Sentol atau ke Setapak. Pagi memang jem giler2.

HIBUR-HIBUR HATI

MACAM-MACAM ADA...

Baru sahaja aku berkecil hati.... aku ditimpa dgn masalah lain pulak. Rasanya aku tak ada kesalahan yang terlalu berat. Aku hanya tak peka dgn undang-undang keselamat di Kem/Jabatan tempat aku bertugas sendiri. Adakala aku tak terfikir pun yang aku ada membuat kesalahan .... Sungguh..!! Atau aku yang sememangnya lalai...


Pertamanya:

Sabtu lepas, aku ke opis dgn kak Illy dan Yana, hanya nak siapkan kerja yg belum beres. Biasa lah.. unit kami ni memang terlibat secara langsung dgn siaran program TV, kami bekerja dgn berbagai2 penerbit. Setiap kerja ada due date. kalau dia kata.. nak ptg ni... kita kena la siapkan ptg tu jugak, sebelum waktu siaran.. Sebab tu kami di galakan mengambil kerja lebih masa, untuk menyampurnakan segala tugas.


Hari tu,kami naik kereta bertiga. Selepas aku punch in, aku bgi pass aku kat Kak Illy supaya dia senang nak keluar dri kawasan Office aku, atau senang cerita, tak payah la Kak Illy bunyikan horn minta bantuan PAK GUARD utk bukakan Palang Gate.Kak Illy hanya nak ke Shah Alam utk ambil barang yg tertinggal di rumah dia, lepas tu dia akan datang balik utk ambil umie di office. Selesai kerja2 umie, kami pun terus balik dalam pukul 5.30.


Isnin pagi, semasa umie nak slash kad di Balai Pengawal. tetiber je pass aku INVALID. fikir dalam hati.... pasal apa la pulak?? agaknya sbb pass dah lama tak update la kot... Nasib baik, kebetulan... aku ada tumpangkan kawan dri bus stop di bawah tu, jadi aku gunakan pass kawan aku tu utk masuk dalam kawasan.


Sampai di opis, boss aku bgi aku SALINAN REPORT keluar dan masuk kenderaan kawasan angkasapuri. Boss aku kata... "Pegawai Keselamatan nak jumpa"...
Gesa2 je aku pergi kat office Guard tu... sbb aku pun dah lupa yg aku ada bgi pass keselamatan aku kat Kak Illy hari tu...


"Puan tau tak sebab apa saya panggil puan dtg kesini??" "Tak tau" aku jwp selamber... Dia pun tunjuk la salinan keluar masuk kenderaan sabtu lepas kat aku...
Aku mintak dia explain apa kesalahan aku pada hari itu.... Panjang lebar juga la... sampai telinga aku panas jugak la...
Sebab aku tau kesalahan aku... malas la nak jwp banyak2... hanya aku minta maaf kat dia... dan aku kata, aku tak buat lagi...
Aku didapati bersalah kerana aku memberi pass keselamatan pada Kak Illy bagi kemudahan dia untuk datang ambik aku. Itu sahaja.
Tapi sempat juga la aku tanye kat dia... " En... kebanyakan Pak Guard2 lebih tumpu kat sebelah pintu keluar masuk di sebelah hadapan... Yang pintu sebelah belakang sana tu... kan EN. tau... ada setengah2 kakitangan yg bertugas mengikit shift, masuk awal subuh pukul 5.00 pagi... jalan kaki dari rumah dia di belakang RTM tu... En tau ke seorang kakitangan telah di ragut dan disepak terajang sampai lebam2... ?? (perempuan). Seorang pengawal pun tak ada masa tu.. atau agaknya sedang lena... Lama juga dia nak jawap... Lepas tu dia jwp.. "itu tugas kami.. "
(Yang herannya... pintu belakang tu siap ada CCTV, kalau lampu pun dia tak pasang... macamana kita nak tau ada kejadian ragut pagi tu...? Gelap Gulita.)


Huhuhu.. aku rasa berbaloi jugak la apa yg aku dapat katakan kat dia...


Hari ini hati aku agak terasa lapang ... walaupun masih ada sisa2 terkilan di hati, masih ada bintik2 kelabu asap di ruang dada aku. Tapi aku sembunyikan keresahan hati dengan kuntum-kuntum2 senyum walaupun tak semanis selalu...


Buat seketika ini, umie agak slow sedikit nak tulis entry baru... Minggu hadapan umie nak cuti seminggu, nak ronda2 Kolompo... Harap2 lepas ini tak ada masalah akan timbul..Esok kena juga datang ke Office ni... sebab kerja2 memang masih yg terbengkalai... nak selesaikan jugak sebelum cuti bermula...


*Ya Allah.. selamatkan aku dan juga sahabat2 ku... tunjukan lah setiap langkah kami ke jalan kebaikan....aminn....