Saturday, February 23, 2008

MACAM-MACAM ADA...

Baru sahaja aku berkecil hati.... aku ditimpa dgn masalah lain pulak. Rasanya aku tak ada kesalahan yang terlalu berat. Aku hanya tak peka dgn undang-undang keselamat di Kem/Jabatan tempat aku bertugas sendiri. Adakala aku tak terfikir pun yang aku ada membuat kesalahan .... Sungguh..!! Atau aku yang sememangnya lalai...


Pertamanya:

Sabtu lepas, aku ke opis dgn kak Illy dan Yana, hanya nak siapkan kerja yg belum beres. Biasa lah.. unit kami ni memang terlibat secara langsung dgn siaran program TV, kami bekerja dgn berbagai2 penerbit. Setiap kerja ada due date. kalau dia kata.. nak ptg ni... kita kena la siapkan ptg tu jugak, sebelum waktu siaran.. Sebab tu kami di galakan mengambil kerja lebih masa, untuk menyampurnakan segala tugas.


Hari tu,kami naik kereta bertiga. Selepas aku punch in, aku bgi pass aku kat Kak Illy supaya dia senang nak keluar dri kawasan Office aku, atau senang cerita, tak payah la Kak Illy bunyikan horn minta bantuan PAK GUARD utk bukakan Palang Gate.Kak Illy hanya nak ke Shah Alam utk ambil barang yg tertinggal di rumah dia, lepas tu dia akan datang balik utk ambil umie di office. Selesai kerja2 umie, kami pun terus balik dalam pukul 5.30.


Isnin pagi, semasa umie nak slash kad di Balai Pengawal. tetiber je pass aku INVALID. fikir dalam hati.... pasal apa la pulak?? agaknya sbb pass dah lama tak update la kot... Nasib baik, kebetulan... aku ada tumpangkan kawan dri bus stop di bawah tu, jadi aku gunakan pass kawan aku tu utk masuk dalam kawasan.


Sampai di opis, boss aku bgi aku SALINAN REPORT keluar dan masuk kenderaan kawasan angkasapuri. Boss aku kata... "Pegawai Keselamatan nak jumpa"...
Gesa2 je aku pergi kat office Guard tu... sbb aku pun dah lupa yg aku ada bgi pass keselamatan aku kat Kak Illy hari tu...


"Puan tau tak sebab apa saya panggil puan dtg kesini??" "Tak tau" aku jwp selamber... Dia pun tunjuk la salinan keluar masuk kenderaan sabtu lepas kat aku...
Aku mintak dia explain apa kesalahan aku pada hari itu.... Panjang lebar juga la... sampai telinga aku panas jugak la...
Sebab aku tau kesalahan aku... malas la nak jwp banyak2... hanya aku minta maaf kat dia... dan aku kata, aku tak buat lagi...
Aku didapati bersalah kerana aku memberi pass keselamatan pada Kak Illy bagi kemudahan dia untuk datang ambik aku. Itu sahaja.
Tapi sempat juga la aku tanye kat dia... " En... kebanyakan Pak Guard2 lebih tumpu kat sebelah pintu keluar masuk di sebelah hadapan... Yang pintu sebelah belakang sana tu... kan EN. tau... ada setengah2 kakitangan yg bertugas mengikit shift, masuk awal subuh pukul 5.00 pagi... jalan kaki dari rumah dia di belakang RTM tu... En tau ke seorang kakitangan telah di ragut dan disepak terajang sampai lebam2... ?? (perempuan). Seorang pengawal pun tak ada masa tu.. atau agaknya sedang lena... Lama juga dia nak jawap... Lepas tu dia jwp.. "itu tugas kami.. "
(Yang herannya... pintu belakang tu siap ada CCTV, kalau lampu pun dia tak pasang... macamana kita nak tau ada kejadian ragut pagi tu...? Gelap Gulita.)


Huhuhu.. aku rasa berbaloi jugak la apa yg aku dapat katakan kat dia...


Hari ini hati aku agak terasa lapang ... walaupun masih ada sisa2 terkilan di hati, masih ada bintik2 kelabu asap di ruang dada aku. Tapi aku sembunyikan keresahan hati dengan kuntum-kuntum2 senyum walaupun tak semanis selalu...


Buat seketika ini, umie agak slow sedikit nak tulis entry baru... Minggu hadapan umie nak cuti seminggu, nak ronda2 Kolompo... Harap2 lepas ini tak ada masalah akan timbul..Esok kena juga datang ke Office ni... sebab kerja2 memang masih yg terbengkalai... nak selesaikan jugak sebelum cuti bermula...


*Ya Allah.. selamatkan aku dan juga sahabat2 ku... tunjukan lah setiap langkah kami ke jalan kebaikan....aminn....

4 comments:

aNIe said...

Emmm...kalau bekerja tu memang macam2 ragam ye...kadang kita buat silap sekali terus kene...tapi orang yang buat silap banyak kali tapi pandai cover...terlepas jugak....

Semoga...umie & rakan2 selamat dan ceria2 selalu di tempat kerja...

Kama_Sutra said...

Dimana mana sahaja tetap ada peraturan dan undang undangnya yang tersendiri.DiLautan ,Daratan atau pun diudara sekalipun.Bahkan untuk diri kita sendiri pun ada undang undangnya.
Ah! Undang undang ciptaan manusia ini apa yang nak kita herankan.Bila bila sahaja boleh berubah.
Maha Suci Allah , segala yang ada adalah ciptaannya.Langit,bumi serta segala isi kandungannya.Setiap satu dengan keistimewaannya.Semuanya dengan peradaban serta peraturan dan undang undang yang telah ditentukan oleh yang Maha Pencipta.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Kita manusia juga cipataannya.Ada undang undang serta peraturan untuk kita yang Allah tetapkan.Namun setiap hari kita melanggar perintahnya samaada kita sengaja atau tanpa kita sedari.Sedangkan azab Allah amat berat sekali.
Ampunkan lah kami Ya Allah sesungguhnya kami adalah hamba mu yang lemah lagi lalai.Amin.
Renung renungkan lah.......

umie@kakyong said...

Lady,
Umie setuju tu LAdy... sekali buat silap je.. terus kena... org yg hari2 sengaja buat tu terlepas mcm tu jer.. maybe umie rasa dia nak perangkap org lain sama yg selalu buat keje mcm tu.. kebetulan hari tu umie buat dgn tak di sengajakan...

Mekasih nasihat Lady tu...

umie@kakyong said...

Kama,
Sebenarnya, Peraturan atau undang2 yg manusia buat dan telah ditetapkan... juga undang2/hukum2 yg telah ditetapkan oleh Allah... kita tak boleh lalai atau ambil lewa.. mcm kama cakap tu...undang2 manusia boleh di ubah2... tapi Allah tak akan mengubahnya
dgn berpandukan kpd AL-Quran...salah tetap salah... jadinya.. kita mmg tak boleh lalai.. apa lagi terhadap Allah s.a.w. insyaalah..