Tuesday, October 09, 2007

SALAM LEBARAN



SALAM LEBARAN




Sempena kita akan menyambut hari lebaran yang mulia ini,
umie ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir batin.


kepada rakan2 yang sudi mengunjungi blog umie ini.
Mungkin hari ini hari terakhir umie berada di office.
Mungkin umie balik ke kampung sebelum subuh lagi pagi raya.
Belum pernah umie buat macam tu.


Selalunya umie balik dua hari sebelum hari raya dgn anak2 saja kecuali Along.
Hubby dan Along balik pagi raya, selepas solat raya di masjid berdekatan.
Tapi raya tahun ni kami sekeluarga balik sekali pada pagi raya.
Plan nak sampai kampung dalam pukul 7.30 pagi.
Dalam pukul 5.00pagi kena la bertolak dri rumah.
Jadi...boleh la solat aidilfitri kat kampung.

Sebelum pulang ke kampung,
Umie plan nak masak ketupat (anyam daun kelapa),
kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan masak lodeh johor.
Orang Johor mana boleh tinggal lontong, tu wajib.


Cuti awal sikit sebab nak siapkan baju raya kak Illy dgn Yana.
Baju Melayu anak2 tahun ni kena beli siap,
plan mmg tak nak beli, sebab baju melayu tahun lepas masih elok lagi.
TApi budak2 ni rupanya cepat membesar dan meninggi,
Lengan baju senteng dan seluar dah singkat.
Umie tak sempat nak jahit sendiri.

Baru ni umie ke MYDINS Selayang,
tgk banyak baju melayu banyak dan okey juga la juga meterialnya, warnanya,
apa lagi HARGAnya... terus je beli 4 pasang termasuk hubby punya sekali.
Cuma kena kecilkan pinggangnya sahaja (nasib baik ibunya tau alter) .
Selesailah semua bab2 pakaian. Alhamdulillah.


Kat rumah dah tak boleh online sebab PC masih sakit. nampak mcm tenat jer...
semalam Along dah ganti power supply kedua2nya. CPU dah ok, tapi rupa2nya
MONITOR pulak tak leh nak on... tak nyala. Kedua2 komputer pulak tu.
Owner rumah yg tgh dok renovation tu kata, dia nak ganti rugi kerosakan
yang masing2 alami. Bill2 nanti kita serah je la kat dia.so.. TQ so much.
Wiremen tu memang dah tak datang sampai sekarang.


untuk semua
JUMPA LAGI SELEPAS RAYA
sudi2 lah datang ke rumah umie
di seri gombak



11 comments:

Unknown said...

Umie...SELAMAT HARI RAYA....ARIF dan A minta ampun maaf jika ada tersalah kata....dan minta halal makan dan minum...maklum lah bila balek malaysia jer, selalu sgt makan2 di rumah Umie hehehe....best best...terimakasih daun keladi jugak ye....

aha, ada perubahan tu...raya balek sama2...hehehehe....makin mesra gitu!

nak order kad raya ..pleaseeeeeeeeeee buatkan la....nak nak...

guna kan la mana2 pics yg umie ada ek...

salam mesra dan ingatan selalu.

arif.

umie@kakyong said...

Ariff,
Terima kasih erkk singgah sini.
Tahun ni tak dapat la nak past2 kueh raya kat tepi lebuhraya lagi... ;-(
Apa pun kemesraan kekeluargaan tetap ada...
Kad raya insyaalah umie kena cari dulu gambar2 yg ada... tapi banyak gambar2 dlm pc kat rumah... masalah juga tu...
umie cuba yg terbaik.. i nsyaalah..

IKHWANI said...

may be umie tak sempat baca ni..tak apalah SELAMAT HARI RAYA UNTUK UMIE SEKELUARGA! memang pun cantik kad raya Umie ni, lain kali boleh mintak buatkan..hehehehe..

umie@kakyong said...

Onde..
umie lom balik lgi... masih di office.. insyaalah boleh tolong buatkan kad raya lain kali.. hehehe..

-ctz- said...

Assalamualaikum,
Ummie, selamat hari raya.. maaf zahir dan batin. Kalao sempat ct p persidangan nanti, ct singgah rumah ummie naaaaa...

Ailebiu ummie...

LADY^DI said...

Assalamualaikum kak,

D juz nak ucapkan BERHATI-HATI ketika dlm perjalanan balik ke kg halaman. Semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat bercuti gak.

Enjoy this festive moments. HAPPY ADVANCE EID MUBARAK TO YOU AND YOUR EXTENDED FAMILY. DO US FORGIVE AND FORGET. May ALLAH The Al-Mighty BLESS us!

Salam kerinduan dari kejauhan

LADY^DI
Brunei Darussalam

WAN ZUHA ISHAK said...

Salam Umie,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga diberkati dan dirahmati selalu.

Salam Syawal,
-zuha-

umie@kakyong said...

ctz ku..
waalaikumsalam wbt. Selamat hari raya juga buat ct n family..
Tdi dah jenguk blog ct.. wahhh meriah nya... nnti umie singah lagi na...

ailebiu too

umie@kakyong said...

LadyD..
Salam ingatan buat D jugak,,, Tq atas ingatan,, D tetap tersemat dalam hati...harap D n Family ceria di hari g mulia ini...
Kalau dtg semenjung jgn lupa bgitau akak ye....

salam rindu buat D juga..

umie@kakyong said...

Salam wan Zuha,,,
Selamat Hari Raya juga buat Wan sekeluarga... TQ
Ehh... jadik ke ke KL tempoh hari??? awat tak calling2 umie...

nafie said...

haiMie..!
Kalau nak rasa lemang langat dan rendang negeri, raya nie jemput ler datang ke rumah kami di Hulu Langat.

Salam ingatan Aidilfitri dari kami sekeluarga..