Thursday, May 28, 2009

CUTI LAGI

Assalamualaikum..

Kejap dah musim cuti sekolah/semester. Time macam ni memang riuh la rumah umie dgn kerenah anak2… Ada yang suka lepak depan TV.. ada yang lebih suka mengadap PC… Tak ada chance le umie nak lepak2 kat depan computer lama2 mcm selalu tu…

Akhir Julai hingga 25 Disember , Khairie akan memulakan practical di tempat umie kerja, tapi di unit lain… iaitu di unit engineering… Bukan umie tak bagi dia nak buat latihan amalinya di tempat lain… Cuma.. umie nak kemudahan untuk pergi dan balik dri tempat kerja… tu je… jimat pun iyer jugak…naik satu kete… umie boleh pantau dri jauh dan dekat.. dan rasa keselamatan agak terjamin. Kalau dia buat latihan ditempat lain… terpaksa lah dia naik motor.

Syahmie pulak cuti ni ada kem di sekolah dia… bagus jugak tu… SPM pun dah dekat…

Yana cuti semester sehingga Ogos, baru mula balik… Insyaalah di waktu terdekat ni umie akan bawa dia jumpa doctor untuk menyelesaikan masalah nya… harap2 okey..

Minggu ni nak balik Yong Peng menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu Pak Yong…

Minggu satu lagi 7hb Jun balik ke Muar pulak, ada majlis perkahwinan anak kepada sepupu umie di Jln Bakri…

Kepada mempelai “Selamat Pengantin Baru” semoga berkekalan hingga akhir hayat…

Sebelum sekolah dibuka semula, pada 14hb Jun kami akan mengadakan HARI KELUARGA REKABENTUK & PEMENTASAN di Bukit Cherakah. Persiapan sedang di aturkan. Insyaalah gambar2 akan menyusul kemudian.

Harapan nya semua berjalan dengan lancar.

No comments: