Tuesday, July 08, 2008

KE SABAK BERNAM LAGI

Julai adalah bulan pendaftaran untuk para pelajar yg dapat menyambung ke instituisi pengajian tinggi, Selepas Kak Illy mendaftar di UiTM, kali ini si adik pulak Illy Malyana (anak ke-4),dapat memasuki Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Mula mendaftar pada minggu lepas 6/07/08.

Kolej ini dibuka sepenuhnya pada awal 2004, dimana Kak Illy ada lah kumpulan pelajar yg pertama di Kolej ni.

Tiga tahun dulu, mula-mula sampai di Sabak Bernam, umie terasa amatlah jauhnya, maklumlah sebuah kawasan pendalaman yang tak banyak kemudahan pengangkutan awam, spt bas atau texi... yang ada hanya pivate sapu, tu pun kena mencari2 di kawsan pekan... Memang kasihan bgi anak2 kita yg pulang pada hujung minggu.Tapi dalam diam tak diam, tamat juga pembelajaran Kak Illy di sana.alhamdulillah.

Kali ini, sekali lagi umie akan berulang alik kesana .. Tiga tahun.Bila dah congak2 dalam masa 3 tahun tu umie mungkin pencen. Bertambah la ketuaan umie.... cuma doa umie semoga Allah beri kekuatan dan dipanjangkan usia. Umie teringin sekali melihat kejayaan anak di depan mata.

Anak umie yg ke-3 pula (Khairie) akan memasuki semseter ke 2 di Politeknik Shah Alam. Alhamdulillah keputusan peperiksaan nya pada semester pertama amat baik.

Dulu Khairie pernah belajar di UNISEL Btg Berjuntai, tapi hanya satu semester disebabkan dia mendapat tawaran masuk ke Poli Shah Alam. Umie rasa kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di sana disebabkan yuran yg tinggi. Masa mula2 mendaftar pengurusan kata hanya rm1,600 utk satu semester, tapi masuk semester kedua, dinaikan sehingga ke RM2,500.00. tu belum campur untuk sewa rumah dan keperluan harian, makan dan minum. Untuk anak2 yang lain umie kena fikir2kn juga... ikut pada kemampuan kita. Setiap anak ada rezeki masing2.

Disini lah terletaknya Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam, Selangor.Kawasan yg luas dan mempunyai pemandangan yg menarik, ditengah2 nya terbena sebuah tasek....

Umie teringat semasa taklimat IBUBAPA baru ni di dewan, kaunseling tu berseloroh... "majoriti penduduk Sabak Bernam adalah keturunan jawa, dan makanan popular adalah TEMPE, kalau tuan2 mahukan hidung mancung dan pipi gebu... makanlah TEMPE hari-hari, tapi bukan saya yg kata... mantan MB Sel yg kata"...."Saya adalah anak tempatan disini dan saya lebih senang dgn pengilan AYAHANDA." gamat dewan seketika. hihihihi umie pun anak jawa jugak lor.......

Berkumpul di tanah lapang sebelum masuk ke Dewan.Kesemuanya seramai 3,200 pelajar.Tapi umie nampak pelajar perempuan melebihi dari lelaki.Itu memang lah dimana2 universiti lain juga mcm tu. Pengambilan hanya 22,600 org daripada 125,000 orang yang memohon pd tahun ni...
Apa pun semua nya telah berjalan dgn lancar...syukur kehadrat Illahi.
_______________________________________________
Untuk seorang sahabat umie, yang telah lama dikenali, andainya ada menjenguk2 di sini....umie minta maaf seandainya selama ini ada rasa kecil hati. umie bukan sombong, tapi bila umie reply masa YM mlm tu, seakan2 tak dapat di baca... dan umie cuba sms selepas itu, tapi tak ada balasan.
umie minta maaf ye ENCIK....

4 comments:

mama ranggie said...

tahniah umie,semua ank2 umie berjaya..al hamdulilah...kalo ade tips2 yg berguna,boleh bg kat mama ye!sejuk perut kan kalo anak2 berjaya!

maklang said...

maklang harap anak2 maklang pun akan berjaya macam anak2 umie, InsyaAllah..

umie@kakyong said...

terima kasih mama... anak2 kita perlu didik dgn lembut... walaupun lembut.. kita kena tegas dgn mereka...dan setiap anak tak sama perwatakan nya... pndpt umie.. bukan senang nak membesarkan anak2 kalau tak disertai dgn kesabaran, maklumlah zaman sekarang ni terlalu banyak cabaran.... setiap pergerakan kita kena awasi....
umie tak paksa anak2 jdi pandai... ikut pada kemampuan yg pada diri dia sendiri...
Semoga mama tabah dgn kerenah anak2 yg semakin membesar yer... :-)

umie@kakyong said...

maklang,
Insyaalah... setiap anak ada rezeki masing2... mak lang jgn ghisau...
t/care...