Tuesday, September 30, 2008

BALIK KAMPUNG

Tinggal sehari saja lagi kita akan sama2 menyambut Aidilfitri. Persiapan hanya lebih kurang saja tahun ini... kecuali untuk anak2 tetap macam biasa.... Kita sebagai ibubapa pakai mana yg ada, tak perlu nak ikutkan hati. Yang penting kita dapat bersama2 keluarga yang tercinta, bersalam salaman memohon kemaafan dari sahabat handai dan taulan.
Esok pagi umie akan bertolak balik ke Johor tanah tumpah darah ku. Kalau jalan tak jem, lebih kurang 2 jam setengah sampai la kami ke kampung halaman dan hanya singgah sebentar menemui ayahanda tercinta dan akan meneruskan perjalanan ke Yong Peng selepas itu. Tahun ni kami berhari raya di rumah mak mertua. Harap kami sampai dgn selamat.
Tetapi umie balik dgn anak2 saja... (Kak Illy, Yana dan syahmie), sementara Pak Yong dan Khairie balik belah malam sebab Pak Yong masih kerja pada hari esok. Krool dgn Safiya berhari raya di Gombak, dan selepas solat raya mereka akan menyusul umie untuk beraya di kampung pula...
Begitu lah perubahan perjalanan keluarga kami, mungkin dari setahun ke setahun pasti akan berubah.. dan itu lah adat resam dalam kehidupan.Setiap insan pasti akan merasai juga satu hari nanti...

4 comments:

nordee said...

umie orang johor ek...saya pun lahir kat johor..raya balik kampung atuk kat seri menanti muar...selamat hari raya umie

umie@kakyong said...

nordee,
yer.. kampung umie kat muar, area Bkt Gambir... mak mertua di yong peng.... kiranya tak jauh jugak tu seri menanti,,,

Selamat hari raya buat nordee sekeluarga jugak...

mama ranggie said...

umie..mana gambar rayo?

umie@kakyong said...

mama.. sat gi nak download... mama tunggu yo...