Wednesday, June 24, 2009

MC

Assalamualaikum..

Umie MC lagi hari ni. … dah 2 hari. dok kat rumah. Memang best . Semalam walaupun MC, tokeh perabut tu call… kata nak pasang kitchen kabinet hari tu jugak, sebab hari tu la yg dia rasa free. Ermm.. tukang kayu nya pun bukan orang lain… adik umie sendiri, sebab tu dia buat leka2 jer… mentang2 ler aku ni kakak dia…ahakz…

Makanya, walaupun umie berMC, tapi Puan Sally hantar Zarra kat umah umie pagi semalam… dia lebih selesa kalau Zarra dgn umie… umie ni ibarat macam ibu Zarra yg ke dua. Kalau menyusu botol.. dia nak umie baring sebelah dia jugak… sambil2 tu dok merayap2 la tangan dia kat mana2 yg dia nak raba…. hihihi. Pukul sembilan malam baru umie hantar Zarra balik ke rumah dia,. Bila umie masuk kete dan berlalu. umie dengar dia menangis… tak puas lgi kot nak manja2 dgn umie… ahaks. ada aura gitu…!

Dah lama umie tak kena selsema. rasanya dah masuk setahun atau 2 tahun. Kali ni dah masuk seminggu masih lom baik2 jugak. Bukan tak riasu … risau sebab keadaan sekarang ni kot2 la terkena jangkitan virus “Truttt”.. . tak berani nak sebut lagi… semalam bila kawan call… umie kata la. yg umie MC risau gak mana la tau terkena H1Ni… huhuhu.. kawan umie tu kata… “CAPUI” nya… mulut hang… hihihhihi..

Dr kata tak la terkena jangkitan virus tu.. sebab umie bukannya demam pun… batuk pun tidak….tekak pun tak sakit… Alhamdulillah… sebab terkena selsema biasa jer.. tapi awatnya lama sgt nak sembuh…?

Selalunya umie pi ke klinik yg family buat rawatan biasa2 jer..tapi semalam umie terasa nak pi ke doctor perempuan… tapi awat la mahai beno ubat lar ni. RM48.00 utk 4 jenis ubat. (ubat selsema, anti biotic, batuk dan ubat demam). Klinik yang biasa family kami pegi tu.. paling2 pun Rm38.00. Bukan nya umie berkira… tapi tak selaras harga agaknya . entah !! wallahualam…

7 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

semoga umie cepat sembuh. amin..

umie@kakyong said...

Wan Zuha..
Alhamdulillah umie dah sembuh spt sediakala... TQ Wan.

DrSam said...

dengan kualiti udara dan cuaca yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini, memang kena jaga-jaga betul kesihatan.

Syukur sudah sembuh.

umie@kakyong said...

DrSam,
Betul tu...
alhamdulillah dah sembuh.

pB said...

Ummi

cuaca skrg panas

pas tu , pulun dok makan durian dan moktan

lagi ler


panas dalam

umie@kakyong said...

PB
kejap hujan... kejap panas.. tu yg lambat nak sembuh... pastu balun pulak derian, rambutan,,, manggis dri kampong... huhuhu... tgk buah2 semua tu pantang....

Miss jane said...

成人論壇,080聊天室,080苗栗人,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人電影,成人遊戲,成人文學,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,正妹牆