Tuesday, April 15, 2008

MAJLIS KAWIN

Assalamualaikum...
Kami menjemput rakan-rakan untuk meraikan Majlis Perkahwinan anak kami,
di No 12, Jalan SG2/6, Taman Seri Gombak.
Sila hubungi kami melalui telefon yg tertera.
Terima kasih.



14 comments:

silversarina said...

Terimakasih atas jemputan .

Walaupun tak berkesempatan untuk hadir sebab hubby masih belum bercuti masa tu....

semoga segala persiapan berjalan lancar.

Mak Teh said...

Umie, terima kasih atas jemputan kenduri perkahwinan anak umie itu. Semoga semuanya akan berjalan lancar.

Sebenarnya mak tehpun dok tengah sibuk macam-macam perkara. Pertama pada 1 mei ni mak teh nak masuk meminang anak kawan untuk anak bujang mak teh ( anak no 2 ). Kami nak melangsungkan pada 12 disember. Mak teh tak siap banyak benda lagi sebab dok sibuk dengan anak-anak sekolah tiap hari.

InsyaAllah kalau boleh pi mak teh akan call Umie ok. Terima kasih lagi sekali.

maklang said...

Maaf Umie...rasanya 4Mei tu maklang tengah honeymoon...he..he..so, tak dapatlah nak datang. Kebetulan dah merancang cuti bersama suami...

Moga2 segala perancangan dirahmati Allah...

Yaya said...

tahniah and thanks for the invitation. InsyaAllah ade rezeki kami, kami akan sampai

Anonymous said...

Ummi...terima kasih kerana jemputan tu...Insyaallah...kalau diizinkan kak lady akan sampai...

@e_da said...

wahhh kak umie nak buat kenduri lerr.. dekat jer lak tu rupanya kita ni.. insaya allah kalo takde aral kami dtg... congrates kak umie dapat menantu.. heheh...

NURAZZAH8 said...

Tahniah dan terimakasih atas jemputan.
InsyaAllah jika tak ada aral melintang sampailah kami ke sana.

umie@kakyong said...

Rina.. sama2 terima kaseh.. lain kali cuti2 malaysia ke KL boleh la singah2 yer...

umie@kakyong said...

Mak Teh,
umie buat persiapan sikit2.. bila kira2 rupanya dah nak masuk setahun tapi tak siap2 sampai ler ni...hihihi... kita sama2 sibuk dgn tugas2 harian.. nak buat camana kan....
OOhh.. Mak Teh nak terima menantu dah erk.. tahniah buat Mak Teh...

TQ Mak Teh...

umie@kakyong said...

maklang, okoey... selamat ber honeymoon... pasti seronok tu.. mengimbau kenangan silam hehehe,,,,

umie@kakyong said...

Aleeya,
Datang yer bawa anakanda Damia tu.... teringin gak nak tgk dia...

umie@kakyong said...

anies@Lady,
Umie dah masuk blog lady tu... semua tu cun2 belaka... mmg berkenan sungguh... kalau nak order penghantaran mcmana erk?? boleh la pakai masa kenduri nanti hihihi....
Lady dtg la bawa anak2 sama...

umie@kakyong said...

Ida,
Tq erk,, kalau dekat tu.. dtg la erk... pasti Ida tau area umah kak umie tu.... kimsalam kat hubby...mana tau ada diantara kawan2 kak umie tu Ida kenal juga nanti sebab kebanyakan staff di opis kak umie ni dri UiTM...

umie@kakyong said...

Nurazzah,
Terima kasih yer... kalau dpt dtg meraikan majlis akan lagi meriah...
terima kasih sekali lagi.