Tuesday, April 21, 2009

HANYA TINGGAL KENANGAN




Segala2nya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tak mungkin terluput dari ingatan. Hanya potret yang menceritakan betapa indahnya perkenalan dri alam cyber, berinteraksi melalui chatroom atau email, friendster, myspace dan sekarang ada berbagai2 room yang boleh kita join sama.


Mula2 mengenali masing2 masih bujang, sehinggalah masing2 berumahtangga dan mempunyai anak, dan yang dah ada anak... bermenantu dan bercucu. Yang masih study sehingga lah mereka mendapat kerja, dan yang dah bekerja, dulu kerja di Malaysia, hingga lah di luar negara...Seronok mengikuti perkembangan masing2. Semoga mereka semua sentiasa berada dalam keadaan gembira dan sejahtera sentiasa. amin....




Ctz... kau la sahabat ku. Rindu sangat nak jumpa macam dulu2 lagi... meh kita cari perfume macam dulu2...




Al-Fatihah buat allahyarham Asnida yang sentiasa aku kenang, kami kenal di chatroom semasa dia masih lagi study di UM. Perkenalan yang membuahkan rasa kasih dan sayang dan aku anggap dia sebagai anak aku sendiri. Selepas habis study di UM, dia mendapat kerja satu bumbung dgn tempat kerja aku sekarang, menjadikan antara aku dgn dia bertambah akrab. Kemana aku pergi, situ lah dia akan berada. Tapi Tuhan lebih menyayangi dia, dalam usia 24 tahun dia pergi untuk selama2nya meninggalkan kami semua. Kejutan buat aku juga keluarganya, juga rakan2 yang mengenali dia. Dia mengidap penyakit lukiemia peringkat akhir tanpa dia sedari. Bila dia terasa ada bengkak dalam perut, dia pergi hospital untuk rawatan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser darah.. aduhhh aku yang mendengar rintihan dia, jadi sebak. Hanya 18 hari dia menerima rawatan di hospital universiti, dia meninggalkan kami semua...


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman...


18 comments:

@_da said...

terasa ingin kembali ke zaman tu yer kak umie... sesekali ingt memori lama jd syahdu yerk...

© Opah De said...

Umie... bestkan bila dapat berkumpul balik dengan sahabat-sahabat baik. Rinduuuuuuu nak balik ke Malaysia.

umie@kakyong said...

@_da,
memori lama tetap dlm ingatan... masih segar..!ada suka dan duka... yg ditempohi.

umie@kakyong said...

OpahD,
harap2 mcm tu le.. dapat berkumpul mcm dulu2... tapi sekarang masing2 dah ada tugas sendiri... ada yg beranak kecik, ada yg jaga cucu... ada yg dah tukar keje tmpt lain... cuma sms saja penganti diri. OD balik Malaysia jgn lupa yee... singgah ke KL... jumpa2..

ctz said...

ummie ku sayangggg!!!
uwaaaaaaaaaaaaa memang tingat sangat kisahnya kita carik perfume tu... syioknyaaa...
sampai la ni ct memang gila perfume. hari tu ct beli bvlgari, 2 botoi skali.. huhu~ amythiest ngan rose essential. Ummie ingat dak perfume yang kanda bagi dulu? kiss me samba? perfume tu dah discontinue... ct dah suruh uncle ct yang p oversea smua tolong la carikan perfume tu, ct nakkk sangat! paktam ct sampai ke france carik last2 dia sms ct "nak tecabut kluaq dah lutut paktam ni carik perfume tu takdak.." Last2 dia beli burberry london kat ct.. huhu~
ummie tau dak, last2 nya, ct carik kat ebay. Dapat! Yey! perfume tu tak le mahai tapi kos penghantaran mahai daripada harga perfume.. ct beli 3 botoi terus hahahahaha!
abang jimmiey suka ct pakai perfume tu :P~

ctz said...

AlFatihah buat arwah Tipah... CT tingat sangat kat dia...... :(~
Kali pertama jumpak dia kat RTM tu, ummie ingat dak.. CT p kat ummie, paih tu kita kona p ambik Tipah, paih tu kita p makan... syokkk sangat! Lepaih tu, CT jumpak Tipah kat hospital ja :'(
Semoga arwah di cucuri rahmat... Aminnnn.....

ctz said...

OD...
balik nanti jumpak ummie, panggey la kita sama naaaaaa...

Mwahz OD-

-ctz- said...

Laaaaaa.....
ct nih silap login name n ID.. Hahahahahaha!
Welcome back la ctz :P~
Ummie awat ni ct rindu sangat! Lapaq japanese food la plak! Hahahahahahaha

umie@kakyong said...

ctz,, kejap2 nanti umie reply komen ct erk.. bz dgn logo baru pulak.. kejap2 logo... kejap2 logo... tukar org2 atas.. semua nak tukar... uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bosannn yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

pB said...

entry akak ni, buat pB rasa berumor lar pulakkk

ha ha ha

umie@kakyong said...

Ctz ku sayangg…

Umie relpy 4 in 1..
Perfume banyak mengingatkan seribu satu kenangan kan ct… KISS ME SAMBA…?? Umie punya masih ada sikit lgi.. tak mau bgi habis terus dan tak nak pakai hihihi sebab itu lah satu tanda kenangan kita bersama ahaks..

Kanda ct ada balik baru ni, tapi dah last minute baru dia nak call… dah nak balik katanya… dia bz dgn benda2 lain kot… tak pa janji kanda sekeluarga aman damai dan bahagia sentiasa… ameenn…

Tipah… umie belum puas bersama dia… sedih naqnya.. bila dia dah tak ada… umie tak jumpa kawan2 lagi… dah tak dak kawan… nak ajak ct.. jauhhh nun…

Insyaalah kalau OD nak balik msia umie habaq kat ct,,, kita jumpa2an no… OD jgn lupa habaq tau…!

Japanese food ka ct..?? tapi umie teringat mangga manihh.. nyum nyum…hihihi..
Rinduuu nyaa…

umie@kakyong said...

PB,
terasa tua..?? pb lagi muda dari kami2 semua tu.... tu gambaq lama...

Anonymous said...

umi, teringat kenangan lama.. ada suka dan duka..ada bahagia dan derita.. segala-galanya adalah memori.. Thnks umi sebab tepek gambo kita.. :) :).. Tiba tiba malam ni jadi sentimental mengenangkan dunia chat yang telah lama aku tinggalkan.. huhuhuhuhuhu

umie@kakyong said...

Anon,
umie tak akan lupakan kawan2 begitu saja... masih tersemat dalam ingatan, cuma... tertanye2... adakah kawan2 ku itu masih mengingati daku?? hihihi...harap2 sebagaimana aku mengingati mereka.. mcm tu juga la mereka mengingati daku...
umie tepek gambo sebagaimana juga tertepeknya mereka dalam ingatan ku...
siapakah gerangan kamu itu..??

Anonymous said...

salam,

sorry lama jadi silent reader..kenal masa chatroom kampungchat dulu...tak sangka bila balik m`sia..bleh plak jumpa blog kak yong..thanks to zuha...

harap kak yong ceria dan sihat selalu...

umie@kakyong said...

Dalam picts tu anon mana satu..? cuba habaq kat kak yong..

semoga dapat merapatkan silatulrahim kembali spt dulu..

nordee said...

dari Allah dia datang kepadaNYa juga dia kembali...semoga dicucuri rahmat..AMIN

umie@kakyong said...

nordee,
begitu lah hendaknya.... aminn..