Friday, March 13, 2009

PERANCANGAN AKAN DATANG.

Kita merancang, Tuhan menentukan.

Aku kena buat perancangan untuk aku menjalani kehidupan harian waktu aku pencen nanti. Pencen tu bererti aku dah tak perlu manjalani tugas2 harian aku saperti sekarang. Tak perlu lagi penerbit2 nak calling2 aku sebarangan waktu dan sebarangan hari. Aku pun tak boleh nak bayangkan mcmana agaknya kehidupan AKU pada masa tu (kalau panjang umur ler..)

Pada tahun 1991,Pak Yong pencen dari perkhidmatan Angkatan Tentera.. Ahaaa dah lama kan… masuk 18 tahun, masa tu kami ada empat org anak. Lepas pencen kami dikurniakan seorang anak lagi… anak bongsu kami Mohd. Syahmie, dah pun berusia 17tahun. Pencen dalam angkatan tentera memang dalam usia yang masih muda… waktu tu Pak Yong berumur 41tahun. Kecuali yang berpangkat officer baru dikira bertaraf pencen berumur 56tahun dan sewaktu dgn nya..
Hidup dalam keluarga tentera memang amat selesa sekali. Mereka memang tinggi dgn nilai kekeluargaan juga berkerjasama antara satu sama lain, walaupun aku bukan tinggal di Quarters tentera. Pernah satu ketika Pak Yong sakit waktu di pejabatnya, dan pada masa tu juga dia di hantar terus ke Hospital Kinarara (hospital tentera). Mereka inform aku dgn cepat dan terus ambil aku di ofis dan bawa balik ke rumah. Sampai rumah, dia terus suruh bawa anak2 aku yg ada untuk dibawa ke hospital. Aku rasa segalanya berlaku dgn cepat dan pantas. Beberapa hari Pak Yong di hospital, dan setelah dokter merawat dia, tak nampak pun dia ada penyakit yang membimbangkan… normal, sehinggalah sekarang dia dalam keadaan sihat… Alhamdulillah.



Pict1:Masih dalam angkatan tentera, gambar pun tak ada warna lagi masa tu.
Pict2: Tak pasti tahun bila, rasanya dia lom kawin lagi... keding sgt hihihihi..
Pict 3:
Selepas pencen, rambut pun tak pendek lgi... apa pun aku suka masa dia dalam tentera.
Khairie 3th dgn Yana 2th.


Selepas beberapa minggu dia pencen, cari2 juga la kerja…. Sementara badan pun masih sihat. Nak bu siness bukan bidang dia… Biar la dia kerja aku kata. Dapat lah kerja di PWTC buat permulaan. Selepas tu, banyak tempat juga dia bekerja sampai lah sekarang. Dan mungkin ditempat kerja sekarang ni adalah yang terakhir dia bekerja sementara dia menunggu saat aku pencen nanti. KAMI nak PENCEN sama2… itu pun kalau diizinkan.

Aku kena stop dulu kat sini, esok aku akan balik ke kampong halaman ku di MUAR, johor. Aku akan meneliti satu projek untuk persediaan bila kami dah pencen nanti… Insyaalah
Wassalam.

6 comments:

OO said...

Umie! rindu lah kat umie! syok tu balik kampung..memang ya, biarpun segalanya ditentukan oleh Allah, planning tu perlu kan? baguslah umie dah plan awal sama2 dengan pak yong. Jadi pasangan ideal la sama2 pencen, nanti sama2 buat kerja lain pulak. Semoga Umie sukses..

OO pun rasa rindu kat mak OO ni..dah lama sangat tak balik.

Umie take care!

nordee said...

umie dah nak pencen dah?...ish,,nampak muda lagi

Fly said...

salam , kenangan terindah pasti menjadi satu memori yang terkesan di hati

umie@kakyong said...

OO...TQ
rindu jugak kat OO.... lama menyepi.
Planning tu kena buat juga sbb bila dah pencen kena juga ada aktiviti sementara badan msih sihat... kalau OO berminat nak kongsi sama pun boleh jugak... nanti umie akan postkan kat sini apa planning umie tu.. hiihihi.
Cuti sekolah ni boleh le jenguk2 family kat kg... tentu anak2 gembira kan...
OO juga t/care.

umie@kakyong said...

Iyer Nordee... dah nak pencen beberapa tahun akan dtg.. tapi tak lama lagi le jugak... hihihi

umie@kakyong said...

Fly,
Semuanya masih segar dalam ingatan... rasa baru jer... walhal dah bertahun2 berlalu..