Thursday, August 13, 2009

MERISAUKAN

Makin rungsing pulak aku bila hari ni aku baca paper, kematian jangkitan virus wabak influenza A (H1N1), dah meningkat seramai 44 org. Harap2 cepat lah berakhir wabak influenza ni.

Tatkala aku menulis entry ni, anak kepada seorang sahabat blogger di Ipoh masih dalam rawatan Hospital. Harapan nya segera sembuh seperti sediakala.
Juga, anak kepada adik aku, yang masih menuntut ditingkatan empat sekolah menengah sains muar, baru sembuh dan tamat kurantin dirumah. Dia pembawa pertama H1N1 di sekolah nya.
Sekarang dia sudah sembuh spt sediakala, alhamdulillah.
Semalam umie baru hantar YAna balik hostel sbb kolej dia baru habis dari kuarantin selama seminggu. Masa hantar tu, kami ibu bapa tidak di benarkan masuk ke kawasan Politeknik, hanya pelajar2 sahaja yg dibenarkan. Apa yg umie kesiankan, semalam Yana banyak bawak barang2 keperluan... tikar ler.. cerek letrik ler... kasut... buku2 lagi... menapak la dia dri
balai pengawal ke asrama ... jauh jugak tu...
Kebetulan aku ada kenalan seorang ustaz pengamal perubatan homoepathy, dia ada bekalkan aku sekeluarga ubat untuk mencegah virus tersebut, hanya titikan kedalam mineral water sebanyak 10 titik dan minum sebanyak 2 sudu untuk dua kali sehari. Aku dah bagi2kan untuk jiran tetangga juga kawan2 ofis. Hanya sediakan mineral water sahaja... Harap2 akan
terhindar oleh penyakit berjangkit tersebut.
Oleh itu, kita semua haruslah menjaga kebersihan diri spt memakai mask kalau keluar kemana2 apa lagi di tempat2 terbuka. Kerap mencuci tangan dgn bersih, sebolehnya, elakan dari
pergi ke tempat2 yang sesak.
Terima kaseh ustaz Suhaimi. Budi baik ustaz tak akan dilupakan sampai bila2.
Sama2 lah berdoa semoga kita terselamat dari segala penyakit
berjangkit.

10 comments:

pB said...

ummieee

nak lar jugak ubat tu

huk huk huk

umie@kakyong said...

pb... boleh mai sini ker..?? umie tak reti nak ke sana.. butee jalan.

xiiinam said...

Salam...terima kasih atas doa yang dikirim...

hazeleyed said...

Salam perkenalan unmie@kak yong

Jalan - jalan terjumpa blog ni...
jemput ke blog saya ek

umie@kakyong said...

xiiinam:
salam perkenalan dri umie... harap dah sembuh spt sediakala..

umie@kakyong said...

hazelayed,
Salam perkenalan juga dri umie... Tq, umie dah dtg blog haze.. memang menarik

nadi said...

kat melaka pun bnyk sekolah tutup kena kuarantin, mudah2an cepat2la wabak ni berlalu. Amin

umie@kakyong said...

nadi,
harap2 mcm tu la.. selagi lom habis, selagi tu la akan merisaukan kita semua. Org Melaka apa kabar..?

nadi said...

kami sihat aje, maaf ye lambat balas, jarang buka computer, bebudak je yg rajin maklum le balik pun dah lewat mlm. SELAMAT BERPUASA BUAT JUMI SEKELUARGA,.... rasanya lom tlambat lagi. salam buat semua

umie@kakyong said...

nadi (pie),
Selamat RAmadan... Raya kat mana tahun ni..??