Thursday, February 28, 2008

KONGSI-KONGSI CERITA

Umie baru dapat email dri seorang sahabat yang boleh utk kita kongsi bersama...


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.


Pembaca Semua...




Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.



Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.



Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.



Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik , minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan tutt...

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, akhir nya dia berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini,

kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah.

19 comments:

Qaseh Bidadari said...

UMIE,
memang menarik n3 ni...kekadang mama sedih mengenangkan nasib kaum perempuan mcm kite ni...waktu kite cantik,die sanjung...tp bile badan dah naik sikit,mulalah miang balik...sesetengah lelaki memang gitu,x pernah puashati dgn ape yg dimiliki...x pernah lgsg nak hargai pengorbanan seorang isteri..

tp umie,x semua lelaki mcm tu...memang sukar nak jpe..ade lelaki yg memang x kisah lgsg bentuk fizikal isteri die walopon besar mcm ne...lelaki jenis ni memang ikhlas dan sukar kite jpe...kerna die jenis yg SETIA...

DAN KESIMPULANNYA...carilah suami YG BERIMAN kerna beriman merangkumi kesemua aspek...bertanggungjawab,amanah,
setia,redha dan ikhlas...

Kama_Sutra said...

Bila berlaku perselisiham faham pastinya akan ada soal salah menyalah.Ini tak kena itu tak betul.Jarang sekali kita menyalahkan diri kita sendiri sebagai penyumbang kepada situasi sedemikian.
Alam perkahwinan tak terkecuali dari berbagai permasaalahan.Masaalah oleh sang suami atau si isteri atau mungkin juga orang ketiga memerlukan ketenangan serta kebijaksaan bagi mengatasinya.
Dari kisah yang dipaparkan diblog ini siisteri baru berusia 29 tahun.Anaknya TIGA.Tapi usia perkahwinannya tidaklah lama.
Mengapa terjadi perpisahan.Jelasnya ialah sisuami kurang berselera.Apakah tindakan yang diambilnya.TIADA kecuali setelah berpisah baru beliau berusaha untuk membina satu imej baru pada dirinya.Kesimpulan beliau ialah sisuami lah yang harus dipersalahkan.NOKTAH.
Mari tanya diri kita "Kiranya siisteri berusaha menukar imejnya,ketrampilan serta menghias diri sperti yang dinyatakan sekarang.. Apakah perpisahan dapat dielakkan dan mereka mampu hidup rukun damai".Jawapannya mungkin YA dan mungkin juga TIDAK.Mungkin ada perkara lain yang tidak kita ketahui sebagai penyumbang kepada krisis ini.
Komen penulis : KECANTIKAN bukan hanya luaran semata mata tetapi KECANTIKAN DALAMAN yakni kecantikan budi pekerti serta keimanan adalah juga diperlukan.Gabungan kecantikan luaran dan dalaman merupakan KECANTIKAN SEJATI yang mampu bertahan lama.

@e_da said...
This comment has been removed by a blog administrator.
@e_da said...

bagus n3 kak umie ni leh di jadikan panduan.. yerla kdg2 kita rasa kita dah cukup ok.. tp hakikatnya hati lelaki kita tak tau .. lain org lain tastenya.. tp untuk kebaikan bersama haruslah saling memahami kehendak pasangan... insya allah masalah dpt di atasi.. selalu berbincang dan memberi pendapat kelemahan dan kekurangan yg perlu diperbaiki.

buat suprise atau sesuatu yg luar dr jangkaan si dia pasti membuatkan kehidupan kita lebih menarik... hihi.. betul tak..

Yaya said...

kak umie,

thanx
sebuah entry yg begitu menarik
:))

umie@kakyong said...

mama ranggie... memang menarik citer tu, sbb tu umie post kat sini. Jadikan lah ia sebagai iktibar buat kita semua dan tak semua laki2 bersikap begitu... yg penting keikhlasan dia menerima kita sebagai isteri walau dalam cara yg mcmana sekali pun diri kita....

umie@kakyong said...

kama,
manusia dalam dunia ni mmg berbagai2 ragam, kadang2 sampai kita sendiri tak boleh nak mengagak sikap pasangan kita... kdg2 mood yg baik.. dgn sekelip mata boleh bertukar sikap... apa lagi bila dalam awal perkahwinan baru nak kenal diri masing2.... masa bercinta kebanyakan nya memakai TOPENG... belum terserlah wajah masing2...Kalau berselisih faham antara suami isteri tu kan mmg adat... sbb tu org selalu kata. "sedangkan lidah lagi tergigit"...
Untuk keharmonian sebuah rumah tangga kita perlukan kesabaran,,,umie setuju pendapat kama tu.. kecantikan dalaman dan luaran kena seimbang... insyaalah aman sejahtera.

umie@kakyong said...

Ida, betul apa yg Ida kata tu... suami isteri perlu berterus terang dan perlu tau apa keperluan masing2... kalau dua2 buat keras kepala... alamat hati pun tak tenteram sentiasa... kena bertolak ansur juga la kan....letiih minda kita kalau asik2 nak berkelahi.. hihihi ...buat suprise pun satu idea yg bagus jugak... doa umie ida dan suami sentiasa diberi kebahagian dan kerahmatan sentiasa... amin.

umie@kakyong said...

aleeya..
terima kasih,,, umie juga doakan leeya dan lan bahagia sentiasa disamping Damia yg makin comel tu... ,mwwahhh buat Damia..

@e_da said...

aminnn.. berkat doa seorang umi ni.. hehe.. apapun umie doakanla ida dapat baby tahun ni ya.. insya allah...

umie@kakyong said...

Ida,
Umie doakan Ida cepat2 dapat baby... buat penyeri rumahtangga... umie dan juga ibu Ida akan bergelar nenek hihihi... umie nenek IT... ahaks..

MAMAMIA said...

Kdng2 isteri masih cantik solid molid, layanan tip top, suami masih berkenan pada yang lain...

Jadi kita kena ingat berdoa semoga rahmat kasih sayang antara kita berdua terus dikekalkan sampai akhir hayat. InsyaAllah....

Unknown said...

Cerita yg menarik. Saya jadi terkejut ada laki-laki yg bisa berkata seperti itu pada istrinya. Meskipun dia sudah tidak mencintai istrinya lagi. Saya belum menikah, mungkin belum pantas berkomentar tentang cerita tadi. Tapi saya menilai sang suami dalam tulisan menjadi rendah diri karena istri punya karir yg lebih tinggi, gaji yg lebih bagus. Itu membuatnya menjadi seperti kehilangan muka. Lalu dia lari dari kenyataan ini dan mulai mendekati wanita lain. Mungkin itu yg terjadi. Mbak Umie, senang bisa mampir ke blog Anda. Salam kenal.

Anonymous said...

kak yonggggggggg....
selamat hari jadi yg ke... jeng jeng... takmo sbut ar..tp manja tau..hehehe anyway manja wish kyong selamat pjg umur, di murah kan rezeki n bahagia selalu dismping pakyong n anak2...-arianamanja a.k.a.@manja(clunk)

umie@kakyong said...

mamamia...
maaf sebab lewat reply komen.

Betul tu mamamia,,,dalam perkawinan yg penting adalah persefahaman dan jgn lupa berdoa utk kesejahteraan family kita..

umie@kakyong said...
This comment has been removed by the author.
umie@kakyong said...
This comment has been removed by the author.
umie@kakyong said...

Salam kenal buat Faradina... umie dah lihat blog faradina... wahhh bagus ya...umie akan sering kesana nanti.... :))

Faradina... itu hanya sebahagian cerita/pengalaman alam perkawinan... tak semua begitu... dan ramai yang hidup rukun damai hingga akhir hayat... cerita itu hanya sekadar buat renungan buat para2 isteri....juga kita semua...
Harapa Faradina akan mendapat seorang suami yg bertanggungjawap dan kaya dgn kasih sayang... insyaalah..

umie@kakyong said...

anon manjaku...
Mekasih erk... hihihi makin tua dah kak yong ni..
Kalau tgk iklan streamyx tu, anak2 kak yong kata... nanti kalau mak ada cucu boleh ym guna webcam tak payah nak call guna fon... boleh tgk keletah cucu...hihihi....