Friday, May 16, 2008

KAWAN LAMA

Malam tadi tetiber officemate umie yg baru menjalani kehidupan sebagai PESARA call...
Dia kata, dia pun tak tau nak citer kat sapa....
umie kata, tak pe.. umie boleh dengar... umie tanye balik.. "mengenai apa tu mr N..."
dia kata, "mr S kawan kita ada masalah" Aku hanya terkedu mendengar... tak pernah pun mr N menelefon umie... malam pulak tu.... aku pasti tentu masalah yg tak boleh di simpan utk esok...

Mr N pun bercerita.... yg mr S sedang menghadapi satu ujian paling besar... aku hanya mendengar dgn penuh teliti dan hanya simpati yg umie dapat luahkan...

Mr N kata, dia baru saja dapat SMS dri mr S... dia tak tau nak cakap mcmana... sbb tu mr N call umie... bila umie dengar apa yg mr N cerita,umie sendiri tak tau nak buat camana.... hal rumah tangga orang, umie tak reti ler... dengar boleh le... tapi nak beri pandangan tu, takut juga nanti tersilap... atau org tak boleh terima pulak....

Mr S umie kenal dah lama.... sejak umie belom kawin lagi... mmg kami berkawan rapat dan dah macam saudara sendiri.... Tapi sejak dia bersara 4 tahun dulu, jarang umie dapat kabar berita dri dia... ada sekali tu umie call, dia kena stroke... dri percakapan nya... mmg dia belum boleh nak sebut setengah2 perkataan.... makanya umie hanya cakap lebih2 kurang jer... umie tau dia banyak yg hendak di ceritakan kat kita... cuma kita tak sampai hati nak sembang lama2 kerana dia keadaan yg tak berapa sihat.

Sebulan lepas tu, umie ada call dia lagi... dia kata dia baru je keluar dri hospital sbb kaki dia patah sebab jatuh dalam longkang di rumah dia... 'ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pulak...'

Beberapa bulan selepas itu, umie call dia sbb umie nak jemput kenduri kawen along tempoh hari... dia kata dia ada di kampung 'berubat kg' katanya... dri nada suaranya.. dia sedang menderita sakit....

Tetiber umie terasa rindu dgn suasana dulu2... masa bersama rakan2 di office yg baya2 umie... walaupun umie junior dia org... tapi suasana kerja dulu tak sama dgn sekarang.... ada tinggal 3 - 4 org saja lagi, dah setiap tahun seorang demi seorang akan pergi meninggalkan office ni.... sedih pulak....

Mr S sejak dulu mmg menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.... umie kenal juga wife dia yg mmg 'anggun', walaupun ada 4 org anak yg dah besar2 belaka.... usia dalam lingkungan 29 - 24th.

Masalahnya sekarang, bila suami dah kekurangan kudrat, dah di timpa berbagai2 penyakit.... sepatutnya sebagai isteri yg dah lama hidup bersama selama hampir 30 tahun dalam satu keluarga juga satu bumbung,,, kita seharusnya sama2 menjaga keharmonian dan kebahagian utk hari2 seterusnya... BUKANNYA meminta di CERAIKAN sebagaimana mr N bercerita kepada umie.... Nampaknya dri sms yg mr N forwardkan ke umie tu... seakan2 wife mr S dah terlalu benci kepada nya...

Kepada kawan2 di sini... apa pandangan dri cerita di atas..???

10 comments:

MAMAMIA said...

Ada org nasihat kat saya, never get involved dlm hal rumahtangga org. sebab kdng2 kita tak tahu situasi yg sebenarnya.... Maybe boleh tolong doakan kesejahteraan keluarga dia..

Kama_Sutra said...

Kama amat bersetuju dengan pandangan mamamia.Ini disebabkan kita tidak dapat menyelami apa sebenarnya yang berlaku dalam sesuatu rumahtangga tersebut.Tambahan pula disini ianya diceritakan oleh orang lain kepada kita.Pastinya ada fakta fakta penting yang tak diperjelaskan.
Walaubagaimana pun secara umum kama berpendapat seandainya ianya ada kebaikan disebalik sesuatu perceraian itu maka perceraian itu adalah wajar.Lazim memang mengetahui seorang isteri lebih setia dan lebih tabah bersama seorang suami terutama dalam keadaan suami yang ditimpa musibah.Tapi dalam hal lain siisteri juga mungkin mempunyai keperluan nya sendiri yang tak dapat dipenuhi oleh sisuami yang memungkinkan hasrat perceraian itu terjadi.Seorang suami juga harus memahami kehendak seorang isteri dan seandainya seorang suami memang sudah tidak berkemampuan maka sewajarnyalah sisuami itu membebas isterinya dari ikatan perkahwinan kecuali siisteri masih redha bersamanya.
Tidak ada mana mana pasangan suami isteri yang ingin menyaksikan keruntuhan rumahtangganya NAMUN dalam keadaan tertentu ianya memang tak mampu kita pertahankan.Bezanya hanya cara ianya dilaksanakan.

umie@kakyong said...

mamamia,
umie pun rasa mcm tu jugak... setakat mendengar dan jadikan iktibar dgn citer kawan2... jadikan pengalaman org lain, sebagai panduan buat diri kita sendiri. Semoga mrS sabar menempuhi dugaan di saat2 hujung usia... dan menemui jalan penyelesaian...

umie@kakyong said...

KAma.... terlebih dahulu umie nak ucapkan HEPI BEZDAY yg ke dot dot dot... masih muda lagi.... maaf le kerana terlewat nak ucap.... nanti umie kirimkan kad kemudian....

bila usia dah ke penghujung, tiada apa yg kita mahukan.. kecuali kebahagian bersama keluarga... dan amal ibadah yg lebih baik...ada anak2 di sekeliling kita disamping cucu2... masalah yg dtg bukan kita mahukan, itu salah satu dugaan yg Tuhan bagi yg perlu kita hadapi.... cuma nya bagaimana cara kita mennganinya...

Sekarang masalah penceraian bukan di usia muda saja.. usia tua pun ramai jugak.... kita tak boleh nak tentukan masa depan kita, kita juga tak tau apa akan jdi pada diri kita utk hari2 mendatang... cuma pada pendapat umie... kita seharusnya beringat dan berwaspada.. jangan sekali2 lalai... kerana kelalaian akan mengundang banyak perkara yg buruk akan berlaku..

Semoga kita semua di beri kekuatan dan kemudahan segala urusan utk meneruskan kehidupan hari2 akan datang... insyaalah..

silversarina said...

salam dan maaf dipinta sebab dah lama sangat tak ke mari.. nanti nak letak link kak umie.

kes rumahtangga kini makin banyak berlaku...sedih dibuatnya. Apapun diharap agar segalanya yang buruk dapat diperbaikkan dan seeloknya berbincang dan buatlah keputusan dengan penuh budi bicara.

btw, meriahnya majlis perkahwinan tu... selamat pengantin baru buat pengantin yang bagai pinang dibelah dua dan selamat hari ibu buat umie .

Anonymous said...

doakan lah umie agar mereka kembali bahagia.....

pB said...

sebab tu Nabi pernah bilang


wanita lah yang paling ramai menjadi penghuni neraka ......






nauzubillah kan ummie




kita as a fren , mampu mendengar dan mampu mendoakan yang terbaik untuk kawan kawan kita ...

umie@kakyong said...

Rina,
tentu BZ dgn majlis kenduri kawin akan dtg... kita mengharapkan semua nya berjalan dgn teratur...insyaalah semuanya okey...

mengenai perhubungan suami isteri... umie sendiri tak reti nak komen... kalau boleh biarlah hingga akhir hayat... dipanjangkan jodohnya...

umie@kakyong said...

Betul tu mama ranggi... harap2 semuanya akan kembali semula dan dipanjangkan usia perkahwinannya.... amin...

umie@kakyong said...

pb,

betul tu... takutnya kan......
dalam sebuah perkahwinan persefahaman adalah yg paling penting... sekarang ramai isteri2 yg bekerjaya, bila dah sama2 penat, kena ada tolak ansur... biarlah wangi tu sentiasa ada...