Wednesday, March 11, 2009

BELUM ADA REZEKI

Assalamualaikum…
Lama sungguh umie tak update blog. Nak menulis pun kena ikut gerak hati jugak la kan… sejak dua menjak ni memang jarang nak online mcm dulu2…. Kalau dulu, mata bersengkang depan PC lama mana pun masih gagah lagi… tapi kebelakangan ni, bila duduk depan PC lama2, mata tak boleh nak buka… NGANTUKkk sangat2.

Seminggu lepas Along call umie, kata Safiah ada kat Hospital KL. Aku terkejut juga sebab pagi2 buta dia call dari hospital. “Kenapa Long…? Ada apa kat hospital..?? “ Along kata Safiyah bleeding…malam tadi dia bawa ke hospital…. Along kata sejak Jumaat tu, Safiyah dah mula lain macam je… pastu dia bawa ke Klinik berdekatan rumah.. Kebetulan masa dia kat klinik tu, dia terjumpa kak illy dgn yana sama. Puan Sally dgn Zarra pun ada di klinik yang sama gak…Tapi kak illy tak bagitau apa2 pun tentang Safiah walaupun dia dah tau ada tanda2 yg tak seronok di dengar. Itu lah perangai anak2 aku yg memang tak suka mengadu hal yang kecik2…kdg2 perkara yg kecik boleh jadik beso…. Alahai !! Sama jer la pun, dgn si Along dgn Safiya tu… masa dia bawa Safiyah ke hospital, waktu tgh malam, dia tak nak kejutkan mak ayah dia, tau2 je bangun tido anak dan menantu dah tak ada dalam bilik… ada kat hospita, alahai anak2 ku… !!

Aku dah berangan2 nak timang cucu sulong akhir tahun ni… hihii… kalau ke shopping complex, aku intai2 baju baby…. Comey2. Tapi aku tak kesah sangat kerana Bukan Rezeki mereka lagi. Ada hikmah disebalik itu.…. Janji, dia orang hidup aman damai dan diberkati Allah.

9 comments:

DrSam said...

salam,
insyaallah jika bersabar adalah rezeki. doakan semoga semuanya sihat walafiat.

Anonymous said...

Sabar aje lah kak, InsyaAllah sampai masa nya nanti akak akan dapat menimang cucu.

@e_da said...

Salam takziah kak umie... moga ada rezki akan dtg.. ida pun 2 kali dah mcm tu... dan skrg tgh menantiyg ke 3 harap2 semuanya selamat....

BelalangDewa said...

jangan biarkan lama-lama tak update. takut bercendawan pulak blog ni umie... Pesan Ikhlas Dari Diva.... haha...

BelalangDewa said...

tak lama lagi ada rezeki kot...

umie@kakyong said...

DRSam,
Terima kaseh... insyaalah

umie@kakyong said...

Tenang@Razak,
Harap Razak sihat2 selalu disamping family tersayang... dah pindah KL balik atau masih kat JB...?

umie@kakyong said...

Terima kasih Ida... Insyaalah mcm tu la hendaknya... Tahniah utk Ida dgn hubby... Akak doakan semuanya selamat erk...

umie@kakyong said...

Diva,
Yang kat tepi tu dah bercendawan la kot na... mcmana nak buat tu..?? kena cuci dgn klorox ke?? hihihi... Kalau ada rezeki insyaalah...