Friday, July 03, 2009

DALAM KENANGAN - wheels

Bila umie masuk blog sepupu umie baru2 ni, umie terdengar lagu ini. best pulak... jadinya.. kepada Illa, jgn marah erk.. kak umie bubuh youtube dalam blog ni... apa2 pun TQ sebab lagu ini mengenangkan kembali masa zaman silam...

selamat mendengar.








Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendiri

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

7 comments:

FAMILY 67 said...

nevermind...oklah tu...lebih canggih!!!dapat gak rapatkan silaturahim kat blogkan?!!!

umie@kakyong said...

Illa.... harapan nya begitu lah... yg jauh didekatkan.... yg dekat di akrabkan... semoga tak putus hubungan walaupun jauh di selatan... kalau ke KL tu.. calling2 la... harap dpt jumpa disini.

norzailina said...

Salam, umie. Thanks krn sudi singgah di blog saya... Semoga sentiasa dirahmati. Enjoy the weekend, k.

Tenang bin Damai said...

Kenangan semasa mengenali kawan-kawan chating. Sekarang segala kenangan hanya tinggal kenangan. Semasa berada di KL dapat berjumpa dengan kawan-kawan. Sekarang dah balik Johor terasa sangat akan kenangan semasa di KL dulu. Dapat Jumpa Kak Yong Kat RTM dan pergi ke rumah di Gombak dan dapat mengenali lebih dekat lagi. Rindu nak jumpa kawan-kawan.

umie@kakyong said...

Norza,
umie akan melawat blog norza selalu dan ambil resepi2 yang enak2 belaka... selamat berjaya dalam segala apa yg dicitakan... insyaalah.. anyway,,,, TQ.

umie@kakyong said...

Tenang@Razak,
Mana mungkin boleh melupakan segala kenangan lalu... semua tetap dalam ingatan... apapun ikatan persahabatan tetap terjalin melalui alam maya juga realiti... TQ juga buat Razak dan family kerna sudi berkunjung... Kirim salam ingatan buat Sya... senang2 dtg la ke KL lgi... kita plan ber gathering spt dulu pengubat rindu.

nadi said...

Dulu masa lagu ni tengah hot, masa tu baru kerja kt melaka, bila kumandang je lagu ni kat radio rasa nak balik je kg. menyentuh perasaan sungguh. tangkap sayu. Sekarang ni dah jadi org tua yang menunggu kepulangan anak lak. Pun macamana kami keluarga67 sangat tertarik dgn umienya blog, kemas dan menarik.