Sunday, October 25, 2009

SESUDAH SYAWAL

Lama sungguh umie tak menulis blog. Nak kata tak ada citer menarik... ada jugak. Tapi sebenonya, memang agak sibuk dan yang pasti memang dah datang satu penyakit iaitu PENYAKIT MALAS. Maklumlah kan baru lepas beraya sana sini. Ni pun dah habis Syawal dan kebiasaan nya warga KL selepas Syawal masih lagi membuat majlis2 Hari Raya.. betul tak? Tapi tahun ni dan tahun lepas memang umie tak buat rumah terbuka... sebab rumah umie sentiasa terbuka utk sesiapa saja. sahabat handai dan taulan. Kalau di kampung2... nak dtg raya tak payah ada rumah2 terbuka atau kad2 jemputan utk Majlis Hari Raya. Datang saja... insyaalah tuan rumah akan sediakan juada apa yg ada. Berlainan kalau di KL, siap pasang kemah.


(Masih nak citer pasal Raya) : Tahun ni saudara2 umie ramai yg datang ke rumah Cheras (weekend). Maklumlah rumah tu kosong tak ada perabut2 pun. duduk kat lantai je... Yang ada hanya keperluan asas. Kebanyakan saudara2 umie mmg tinggal berdekatan di area situ... Selain yg tinggal di Cheras,ada juga di Kajang, Bangi atau pun Pandan.Kan mudah tu.. tak payah nak lintas2 dgn suasana jalan yg JEM. Satu lagi, suasana raya di kawasan rumah Cheras memang meriah. Kebetulan masa umie datang pada hari tu ada penduduk kawasan taman mengadakan jamuan hari raya di sebuah taman di kawasan tu... start dari lepas Zohor hingga jam 12 tgh malam. Tapi umie bkn penduduk tetap di situ, rasa malu pulak nak pegi.

Antara tetamu umie (anak2 saudara dan cucu2 umie)

4 comments:

IKHWANI said...

baru nampak facebook badge umie..active ke account facebook tu? ;-)

umie@kakyong said...

OO, TQ melawat blog umie ni.. mmg lama juga tak update. aktif juga facebook umie tu... kat situ sibuk dgn ladang... hihihi.. meh la kesana. add umie ye...

IKHWANI said...

umie, dah add dah tu. :)

umie@kakyong said...

OO,,,, tq..