
dalam dakapan ibunya.
Syukur Alhamdulillah semua nya telah selamat.
Safiyah menghabiskan pantang selama sebulan di rumah Ibu nya ... dan sebulan di rumah Ku... Aku rasa alangkah seronoknya hari2 dapat mengadap cucu. Ya Allah seronoknya... Waktu pulang kerja aku tak singgah mana2 pun.. nak cepat2 sampai rumah. Nak tgk Khalish.
Sampai masa, Along dgn Safiyah balik ke rumah sendiri... Masa tak mengizinkan mereka tinggal dgn aku lagi... Safiyah akan mula berkerja di tempat barunya.. Aku kembali sepi... Kalau aku rasa rindukan Khalish, aku akan kesana juga... baru aku tau.. rindu seorang nenek kpd cucunya.
Khalish terpaksa di tinggalkan di rumah pengasuh yg berdekatan dgn rumah nya.
Dan bermula lah kesah2 sedih buat kami, bila pengasuh Khalish telefon, mengatakan baby tak ada nafas... Aduhhh.. kami rasa nak pengsan, apa lagi Safiah.. ibunya. Ya Allah.. KAu cekalkan lah hati2 kami semua... Kau kuatkan lah iman kami... Kami redha pemergian mu Khalish HAzeem yg amat2 kami sayangi. Cuma kami tak puas hati atas kecuaian pengasuhnya. Hanya dia sahaja yg tau. Cuma, semasa Safiyah menghantar Khalish pagi tu, dia cakap" Akak tak tido lagi... tgk world cup final sampai pagi".Tak sesuai langsung ayat dia mcm tu. dan tak sesuai sbb dia ada tanggung jawap keesokan pagi.
Sebenarnya arwah Khalish adalah orang ke 2 dalam keluarga aku meninggal di rumah pengasuh. Sebelum ni cucu kepada kakak ku (cucu sulong perempuan) juga meninggal di rumah pengasuh ... itu sudah beberapa tahun dulu... kalau dia masih ada aku rasa dah 12 tahun usianya. Cucu kpd kakak, tak tau sebab penyebabnya dia meninggal. Tapi yang pasti arwah Khalish tersedak susu. Kami dapat kesan bila dia dah meninggal, ada lebihan susu keluar dari mulut dan hidung dia. MAsa tu usia dia baru dua bulan setengah... hanya 2 minggu dia dalam jagaan pengasuh.
Sebenarnya Hati ini masih berat nak bercerita kesah sedih... Tapi untuk pengetahuan kawan2 di sini... cari lah pengasuh yang benar2 ada perasaan kasih sayang terhadap kanak2... jaga dgn ikhlas hati.. bkn semata2 hanya nak mencari KEUNTUNGAN.
Kami percaya akan Qada' dan Qadar. Semua adalah ketentuan NYA. Dia beri kami kegembiraan walaupun hanya sebentar cuma. Sekurang2nya kami merasa ada nya cucu. Al-Fatihah.
Dia meninggalkam kami seminggu sebelum kami buat kenduri doa selamat dah haqiqah. Persiapan semua telah sedia... Jadi kami tukar kepada majlis Tahlil dan bacaan Yassin.
11 comments:
takziah....sedihnya entry ni....:(
salam kenal umie,
masuk sini sbb nak tau cerita tentang cheras intan. tak sangka ada berita sedih nie.
semoga ibu, bapa dan keluarga anda semua tabah hadapi dugaan ini.
salam perkenalan ummie,
takziah dr sy. sy phm prasaan x puas hati bila org yg kita syg mninggal disbbkan olh kecuaian org lain yg x bertanggungjawab. smoga ummie tabah menghadapi dugaan ini.
P/S : trime kasih krn sudi singgah ke blog sy :)
salam..
takziah atas pemergian beliau..banyak bersabar ye umi..
*jenguk2 blog umi..tq
Liz.. maaf lambat reply...
Liz dok kat cheras intan jugak ke..??
semoga ianya tidak terjadi pada org lain pulak...
salam kenalan.
Nordee.. TQ
mmg sedih sgt.. sampai sekarang umie tak nampak tanda2 penganti arwah Khalish.. doakan supaya segera dpt penganti..
Azian..
Terima kaseh.. maaf lambat reply..
pa17..
Salam kenalan.. tq jenguk2 blog umie yg tak seberapa ni...
TQ
sedihnye kak..tak sangka la..pengasuh tu mmg da lama kenal ke kak..apepun semua ketentuan Allah, perancangan Allah sememangnya mengatasi perancangan kita..alfatihah...
Leeya.. Dah tertulis perjalanan kehidupan keluarga kami. Kami redha walaupun amat terkilan. Memang kami tak kenal pengasuh baby tu... Dia yg meminta dri nusery, kalau ada baby baru nak hantar , dia boleh tolong asuh. Selepas kejadian, baru kami dpt tau dia ada masalah family. Masa hari arwah meninggal tu, ada dia bgitau kat anak akak yg dia tak tidur sbb tgk world cup, ngantuk katanya..
Masa pun dah berlalu dan dah dpt penganti. Alhamdulillah tahun hadapan akan ada adik lgi...
sedihnya....
Post a Comment