Saturday, February 09, 2008

Majlis Perkahwinan anak Kama & Ct Zaleha

SELAMAT PENGANTIN BARU
Hari ini 10hb Februari 2008, berlangsungnya
Majlis perkahwinan anak kama yang di adakan di rumah beliau di Bandar Baru Sungai Buluh.
Ketibaan pasangan mempelai di iringi oleh kumpulan angkatan tentera laut.
Segak sungguh.

Majlis berjalan dgn lancar dan meriah dengan kehadiran tetamu yang hadir.Umie turut terhibur dgn persembahan pencak silat oleh belia2 kawasan tersebut, termasuk anak tuan rumah sendiri.

Gambar diatas: 1. Pasangan romantik tuan rumah

2.Umie dgn isteri kama (Siti Zaleha)

3. Persembahan pencak silat

4. bunga telor(aku gumbira sbb dapat telor )


Tetamu yang hadir, terdiri dari kawan2 kampungchat.com
: Nani dan suami (king fisher), Lightcoke dan partner dan Zaki (PL)


Gambar kiriman dari kama, semasa majlis akad nikah



Majlis persandingan di pihak perempuan di Klang, Selangor

Sama cantik dan sama padan

21 comments:

Anonymous said...

Umie cayangggg...
OD sukaaaaaaaaa men in uniform... ekekekekekeke... sabo je aku. Sungguh. Nampak macho jek kan. Yang best kalau kawin ngan askar/polis ni, boleh lalu bawah pedang. Huhu... dulu, masa dua orang emak sedara kawin, dia orang lalu bawah pedang. Rasa nak ikut jek dari belakang. Grand sangat... kan Umie kan? Umie... ada award lagi utk Umie kat blog OD... meh datang meh.

Unknown said...

adakah itu kama = kamasutra....??

sampai kan salam saya jika itu lah dia.

selamat pengantin baru...:)

JD

umie@kakyong said...

yer OD cayang,,,
Betul tu OD, nampak macho tambah2 dgn pakaian seragam dia org tu... pastu main campak2 pedang pulak tu... terrer sungguh depa....

Ehh,, umie dah tgk award yg OD bgi tadi,,,, tq erk... ni yg tambah sayang kat OD... mwahhhh...

umie@kakyong said...

Ariff,
Ya betul... itu lah saudara kama sutra yang kita kenali dahulu.... Insyaalah nanti umie sampaikan salam Ariff kat dia..

Beliau telah mempunyai 2 org cucu dan 2 orang menantu,,,,
(ayat style kama).

Qaseh Bidadari said...

selamat pengantin baru buat mereka berdua...

umie pon pasti dah mula peningkan buat persiapan?

semoga semua berjalan lancar ya umie..

refqah said...

ermmm bestnye...dapat kawin mcm tue....

umie@kakyong said...

mama rangie,
TQ, yer mama... sedang dok memikirkan persiapan yg seterusnya... pening juga ni...
harap mama sekeluarga sihat selalu.

umie@kakyong said...

refqah,
mmg best.. tgk pun best, ingat nak jdi pengapit dia org... tapi pengapit yg dok belakang pengantin... boleh juga lalu bawah pedang.... hihihi

jom kawin,,,,,

IKHWANI said...

umie, sepupu saya kawen dengan navy, pun ada lalu bawah pedang ni, dah anak 2 sekarang ni...tengok majlis kawen ni mesti dapat idea sikit sebanyak untuk kenduri kat rumah umie nanti kan? :)

kawan saya pun ada nama kama ni tapi bukan kama sutra, kama azira..hehehehe

Kama_Sutra said...

Salam sejahtera..
Terlebih dahulu ribuan terima kasih kama ucapkan buat ummie kerana persahabatan yang masih kekal dan berpanjangan ini.
Dalam waktu yang telah kita lalui banyak perkara menarik dan tak kurang juga yang mendukacitakan kita telah kita lalui.
Mudah kita mendapatkan kawan namun mempunyai sahabat adalah sukar.Kama gembira dan bersyukur kerana mempunyai ummie sebagai sahabat.
Terima kasih ummie dan kama amat menghargainya.

Jamal Abd Rahman said...

glamer ekk kenduri kawen tu..siap lalu bawah pedang lagi....

anak umie kawen bila ni? jgn lupa jemput sy dgn jejaka idaman malaya kt rtm tu...hehehe

umie@kakyong said...

onde,
yer betul tu... sekurang2nya dpt jugak idea bila kita hadir ke majlis kawin anak kawan...
kama sutra ni kawan lama umie, dah jdi family fren...
anak umie kawin nnti umie jemput dtg tau,,,, boleh kenalan2 kawan2 umie...

umie@kakyong said...

Salam sejahtera juga buat kama,
Jutaan terima kasih atas budi baik kama & famili selama ini dan menghargai sebuah persahabatan yg tulus ikhlas.
Persahabatan yang ikhlas akan berpanjangan sampai bila2.... insyaalah...
Yang mendukacitakan itu adalah datangnya dri org lain, dan hanya perkara biasa dalam dunia cyber...
Kama, TQ so much....

umie@kakyong said...

UncleJ,
Meriah majlis perkawinan anak kawan umie tu... jalan bawah pedang sbb anak kepada saudara kama adalah seorang pegawai angota tentera laut... smart...
Nanti umie jemput uncleJ dgn Budin sama... mesti datang tau....
tak jauh... seri gombak je UncleJ.. pasti tau kan...

Jamal Abd Rahman said...

lorrr..seri gombak rupanyer..kat fasa berapa tu umie?? baru last week pi sana...huhu

umie@kakyong said...

UncleJ,,, umie kat fasa 2 dekat dgn rumah arwah M.Osman...

UncleJ ke seri gombak kat mana tu..?

aNIe said...

Umie...sungguh manis pengantin baru tu...nampak grand majlis tu ye...

Semoga pasangan pengantin akan kekal bahagia ke akhir hayat...

Adik kak lady dulu pun kawin lalu bawah pedang...sebab suami dia askar...

Kama_Sutra said...

Adat dan budaya tak diketepikan.Mana yang tak perlu patut diabaikan.Asal tak menyalahi hukum hakam.Sikap bersedehana jadikan amalan.
Si anak kahwin .. lalu bawah pedang kalau Kama kahwin alamat isteri kama tunggu dengan parang..kahkahkah.
Terima kasih atas kehadiran Umie serta keluarga Dan rakan rakan dari Kampungchat. kemajlis perkahwinan tersebut.
Seronok mengusik umie..kama buat buat tak nampak je pakyong.
Rasanya kalau ada yang tak kena usikan kama maka tak sempurnalah kehadiran mereka.
Dalam usik mengusik pun hendaklah kita jaga adab dan bahasa.

umie@kakyong said...

Lady,
Umie juga doakan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat...

Lady, Pak yong juga askar... tapi kami kawin tak ada pedang2 pun... cuma ada keris terselit di pinggang... hihihi....

umie@kakyong said...

Kama,
Memang penuh beradat majlis perkawinan anak kama itu... makanan juga sodap... umie makan hingga kenyang.... huhuhu..

Satu lagi... umie suka kalau majlis kawin di bagi bunga telor dri tuala lap meja tu.... gula2 pun tak apa.. janji ada pemanisnya...

Gurau senda kan menandakan kemesraan sebuah persahabatan... Pak Yong faham, dia tak kesah pun...

Semoga kama akan menimang cucu lagi tahun akan datang.... atau di akhir tahun ini... ;-)

Anonymous said...

hello there akusimple.blogspot.com owner discovered your blog via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com