Saturday, January 24, 2009

HEPI BEZDAY PAK YONG KU...


Happy Birthday yang ke 59 tahun buat suami ku tersayang… makin tua makin sayang ghupanya yer… hhihi.. Semoga suamiku sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ditetapkan iman juga dipanjangkan usia.

Sebenarnya nak buat entry semalam, tapi tak ada kesempatan.. maklumlah kan raya cina, anak2 semua balik rumah.. umie mg sibuk… bkn sibuk apa pun.. tapi sibuk melayan kerenah sikenit Zarra yang berusia setahun setengah iaitu anak kpd kawan opis umie (puan Sally).. Semenjak Zarra dihantar ke Taska Cumi & Ciki di kawasan berhampiran Opis, umie kena lah naik satu kereta dgn Puan Sally untuk menjaga Zarra. maklumlah dia masih kecil, khuatir dia meragam dlm perjalanan, risau jugak sbb ada kala dia nak duduk kat riba mama nya.. haru dibuatnya..Sejak RTM buat perubahan siaran mmg kami terlalu bz dan ada kala balik hingga jauh malam… terutamanya yg terlibat dgn prog. berita…. kesian jugak Sally.

Kalau Sally balik lewat, umie balik dgn Pak Yong dan akan bawa Zarra sama sbb rumah kami berdekatan, antara Seri Gombak dgn Taman Melati mengambil masa lebih kurang 5 minit perjalanan…. Persahabatan kami hampir masuk ke 21th lamanya… lama tau… dan tau baik budinya, tau perangai dia…Selama 21tahun tu ada juga sekali sekala berpaling2 muka, walaupun tak lama.…hik hik hik… dulu2 la...maklumlah kami hanya manusia… ada kala terguris perasaan, ada kala berkecil hati… tapi tu la kan… kalau Tuhan nak eratkan persahabatan dan berpanjangan, ditakdirkan suami nya beli rumah yg berdekatan dgn umie, dan ditakdirkan ada anak, walaupun bukan dia yang melahirkan nya dan ada kala dia memerlukan pertolongan dari umie…jadi,,, ianya menambah keeratan sebuah persahabatan … Itulah indahnya sebuah persahabatan.

Zarra semakin mesra dgn umie.. . kdg kesian gak kat mama dia, bila umie turun kete , Zarra akan menangis, nak ikut umie masuk ke rumah… Semalam umie bgitau kat Sally, biarlah Zarra umie awak masuk rumah, malam2 sikit umie akan hantar Zarra balik, Sally rehat2 lah kat rumah, cuci kain baju ke… masak malam ker… apa salahnya dia dgn umie…. kesian pulak2 tiap2 ptg menangis.

Pukul 10 malam tu, umie hantar Zarra balik rumah, tapi dia dah terlena dalam dakapan umie… hehehe kesian mamanya tak dpt nak main2 dgn zarra… Dalam perhatian umie, Puan Sally mmg amat menyayangi Zarra…. tapi umie selalu pesan, dengan budak2 jangan terlalu kasar, nanti dia akan kasar dgn kita balik… sbb apa umie kata mcm tu, depa dua ni, masing2 main kasar…. Zarra cekau Sally, Sally akan cekau balik… masing2 seakan tak nak mengalah....boleh pulak main cekau2 hahahaha… nak tergelak pun ada… keh keh keh… dah bercekau2 tu… masing2 mengalir ayaq mata… sorang tu sakit kena cekau, sorang tu sedih kena cekau sbb dia terasa Zarra tak sayang dia… hehehehe… lawak sungguh la…..

Yang menyeronokan... Zarra memang ada aura yang amat kuat… sapa2 yg melihat dia, akan terasa sayang amat kat dia… tu lah anugerah Tuhan untuk nya.


Keletah Zarra masa dalam jagaan umie... dia tak panggil umie NENEK, sebalik nya mama nya suruh pangil dgn panggilan MUMMY.... hihihi...gambar yang duduk tepi pagar tu, masa tungu Pak Yong ambik umie di ofis sekitar jam 8 malam sebab mamanya balik lewat...

1 comment:

Miss jane said...
This comment has been removed by a blog administrator.