
Monday, May 26, 2008
Sunday, May 25, 2008
MALAM BBQ

Ada acara utk kanak-kanak.... juga staff KWSP.... dan ada hadiah baut pemenang juga yg tak menang...
Friday, May 23, 2008
JALAN-JALAN CARI MAKAN


Kak Illy minta tolong umie utk design banner....
inilah hasilnya..... siap juga dalam masa 2 hari... Kalau tak.. Kak Illy nak gunakan kain dan cat minyak.... pastu nak bubuh dust yg kilat2 tu.... umie kata seminggu pun lom tentu siap... sebab keje remeh temeh,,,, silap2 nanti cat tumpah atas kain... kan ke nanti buat letih jer... so umie bantu lah dia.... kita kena ikut peredaran zaman dari masa ke semasa.... dari zaman manual ke zaman komputer, tapi.. apa pun, cara manual kita tak boleh tinggalkan.... kalau tak ada yg lama... tak ada lah yg baru....
Kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan utk projek banner atau bunting atau yg berkaitan dgn nya... sila hubungi umie.... ahaks..
Wednesday, May 21, 2008
MAKKkkkk
SEMPENA HARI IBU AKU MENERIMA EMAIL YANG TELAH DI FORWARD DARI SESORANG... HANYA SEKADAR UNTUK KITA KONGSI2 BERSAMA.....
sedih pulak..... sebak hati ku... huk huk...!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIASANYA....
Orang kata aku lahir dari perut MAK..
Bila dahaga, yang susukan aku.. MAK
Bila lapar, yang suapkan aku..MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. MAK
Kata MAK, perkataan pertama yang aku sebut.. MAK!
Bila bangun tidur, aku cari.. MAK
Bila nangis, orang pertama yang datang ..MAK
Bila nak bermanja... aku dekati MAK
Bila nak menyakat... aku duduk sebelah MAK
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya MAK
Bila nakal, yang memarahi aku... MAK
Bila merajuk... yang memujukku cuma.MAK
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..MAK
Bila takut... yang tenangkan aku.. MAK
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..MAK
Aku selalu teringatkan ..MAK
Bila sedih, aku mesti talipon... MAK
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... MAK
Bila bengang.. aku suka luah pada ..MAK
Bila takut, aku selalu panggil.. "MAKKKKKKK! "
Bila sakit, orang paling penat adalah ..MAK
Bila nak exam, orang paling resah juga MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu..MAK
Bila ada masalah, yang paling risau.. MAK
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. MAK
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, MAK
Yang selalu berleter kat aku.. MAK
Yang selalu puji aku.. MAK
Yang selalu nasihat aku.. MAK
Bila nak kahwin..Orang pertama aku kenalkan ialah pada.... MAK
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok...
Bila sedih... aku cari MAK
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada MAK
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat MAK
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila aku sakit.... aku hantar anak ke rumah MAK
Bila sambut hari ibu... aku hanya ucapkan Selamat Hari Ibu pada MAK
Selalu...aku ingat suamiku
Selalu... MAK ingat kat aku
bila..bila.. . aku akan talipon suamiku
Entah bila.. aku nak talipon MAK
Bila aku mengandung, yang lebih gembira….MAK
Bila aku hampir bersalin…..yang paling kalut…MAK
Bila dah ada baby, yang tak sabar nak menimang pun MAK
Bila perkahwinan ku retak, yang gundah gelana MAK
Bila aku bercerai, yang remuk redam…. MAK
Bila aku fikirkan semula……pengorbanan MAK melebihi pengorbanan suami
TAPIA ku pun lupa bila kali terahir aku talipon MAK
Lagi aku lupa bila aku ziarah MAK
Bila kali terakhir aku cium MAK
Itulah anak sering lupa pada MAK
Dan la ni MAK dah tak ada
Dulu MAK kata: "Kalau kamu susah dan senang jangan lupa pada MAK.
MAK tak mampu beri apa2 Cuma boleh mendoakan kamu……
Kini aku mula sedar pengorbanan MAK……
Jadi kita pun doakanlah untuk arwah MAK...…
Friday, May 16, 2008
KAWAN LAMA
Dia kata, dia pun tak tau nak citer kat sapa....
umie kata, tak pe.. umie boleh dengar... umie tanye balik.. "mengenai apa tu mr N..."
dia kata, "mr S kawan kita ada masalah" Aku hanya terkedu mendengar... tak pernah pun mr N menelefon umie... malam pulak tu.... aku pasti tentu masalah yg tak boleh di simpan utk esok...
Mr N pun bercerita.... yg mr S sedang menghadapi satu ujian paling besar... aku hanya mendengar dgn penuh teliti dan hanya simpati yg umie dapat luahkan...
Mr N kata, dia baru saja dapat SMS dri mr S... dia tak tau nak cakap mcmana... sbb tu mr N call umie... bila umie dengar apa yg mr N cerita,umie sendiri tak tau nak buat camana.... hal rumah tangga orang, umie tak reti ler... dengar boleh le... tapi nak beri pandangan tu, takut juga nanti tersilap... atau org tak boleh terima pulak....
Mr S umie kenal dah lama.... sejak umie belom kawin lagi... mmg kami berkawan rapat dan dah macam saudara sendiri.... Tapi sejak dia bersara 4 tahun dulu, jarang umie dapat kabar berita dri dia... ada sekali tu umie call, dia kena stroke... dri percakapan nya... mmg dia belum boleh nak sebut setengah2 perkataan.... makanya umie hanya cakap lebih2 kurang jer... umie tau dia banyak yg hendak di ceritakan kat kita... cuma kita tak sampai hati nak sembang lama2 kerana dia keadaan yg tak berapa sihat.
Sebulan lepas tu, umie ada call dia lagi... dia kata dia baru je keluar dri hospital sbb kaki dia patah sebab jatuh dalam longkang di rumah dia... 'ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pulak...'
Beberapa bulan selepas itu, umie call dia sbb umie nak jemput kenduri kawen along tempoh hari... dia kata dia ada di kampung 'berubat kg' katanya... dri nada suaranya.. dia sedang menderita sakit....
Tetiber umie terasa rindu dgn suasana dulu2... masa bersama rakan2 di office yg baya2 umie... walaupun umie junior dia org... tapi suasana kerja dulu tak sama dgn sekarang.... ada tinggal 3 - 4 org saja lagi, dah setiap tahun seorang demi seorang akan pergi meninggalkan office ni.... sedih pulak....
Mr S sejak dulu mmg menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.... umie kenal juga wife dia yg mmg 'anggun', walaupun ada 4 org anak yg dah besar2 belaka.... usia dalam lingkungan 29 - 24th.
Masalahnya sekarang, bila suami dah kekurangan kudrat, dah di timpa berbagai2 penyakit.... sepatutnya sebagai isteri yg dah lama hidup bersama selama hampir 30 tahun dalam satu keluarga juga satu bumbung,,, kita seharusnya sama2 menjaga keharmonian dan kebahagian utk hari2 seterusnya... BUKANNYA meminta di CERAIKAN sebagaimana mr N bercerita kepada umie.... Nampaknya dri sms yg mr N forwardkan ke umie tu... seakan2 wife mr S dah terlalu benci kepada nya...
Kepada kawan2 di sini... apa pandangan dri cerita di atas..???
KENDURI LAGI....

umie ambil kesempatan mengunting sedikit rambut baby Nurul.
Pukul 3 ptg umie terpaksa balik ke KL semula... walaupun terlalu letih... dan ngantuk....perjalanan yg memakan hampir 4 jam, dan umie sempat singgah ke rumah mak mertua di Yong Peng utk melelapkan mata walaupun sekejap."BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT'
Kira2 jam 6 pth baru lah umie bertolak dri Yong Peng ke KL

Wednesday, May 14, 2008
KAWAN......
Bacalah
1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2) kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10) lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)
Friday, May 09, 2008
Ahad 4 mei 2008


Terima kasih juga buat rakan2 yg ku sayangi... Kak Zai terima kasih sudi datang.....
terima kasih juga buat YUS .....
untuk flower girls... umie sayang kamu semua...

TQ amie & partner, Hj. Hanafie dan keluarga, juga puan salmah sekeluarga.
TQ juga buat Onde-Onde (wanie) yg semakin sweet dan hubby .
En. Mahmud my best friend yg memeriahkan majlis kami.
Tak ketinggalan buat Nani pu3KK & Family dan Zakie (PL)... TQ so much.
Umie minta maaf seandainya ada yang tidak sempurna atau kekurangan di majlis tempuh hari. OO maaf sebab tak dapat melayan dgn sempurna, umie ingin sembang panjang2 di lain kali... insyaalah...
CTZ dan bonda ... maaf,,, umie terpaksa balik ke kampung atas sebab2 yg tak dapat di elakan... walaupun kedatangan ct selepas sehari pada majlis tersebut, namun umie rasa sangat terharu atas kesudia ct datang untuk menjenguk umie... tak ada apa yg umie nak beri hanya sedikit tanda sebagai ingatan buat ct... salam sayang dri umie dan keluarga.