Azam kak Illy untuk menyambung belajar lagi, bagi mendapatkan Ijazah telah diterima di UiTM Shah Alam. Doa umie agar dia tabah dgn segala cabaran nanti. Maklumlah bekerja sambil belajar (PLK). Kelas bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam, ini bermakna pengajian nya mengambil masa sehingga 3 tahun lebih.Kalau di kira dan dicampur, ini bermakna untuk mendapatkan Ijazah memakan masa sehingga melebihi 6 tahun... (sekiranya dia mengambil diploma terlebih dulu). Umie sangat bersyukur kerana KAk Illy mendapat tempat utk mencapai cita2nya, dan itu janji dia utk mak ayah nak mendapatkan segulung Ijazah. Sebagai seorang Ibu hanya doa yg mengiringi dia....
Rupanya, bukan mudah untuk mendapatkan tempat utk menyambung belajar. Sebelum ni.. Kak Illy belajar di SINI.
Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tghari.
Sementara menunggu Kak Illy menghadiri taklimat selama 2 jam, kami berjalan2 di kawasan TASEK SHAH ALAM... bersama anak2 dan 2 org anak buah umie, Intan -Intan ku sayang.
10 comments:
tahniah tuk beliau!semoga mengapai impian ya!
Tahniah Kak Illy,
Semoga berjaya mencapai cita-cita. Umie pastinya baaaanngggga sangat, kan Umie kan.
tahniah kak illy. good luck n all the best
mamaranggie,
Terima kasih... umie doakan mama sihat dan bahagia disamping family tersayang..
OD....
Insyaalah... sebagai Ibu umie bangga dgn azam juga semangat anak2 yg ditunjukan kat kita... alhamdulillah...
Harap OD dgn anney dalam kesejahteraan.
wan zuha...
mekasih bagi pihak kak Illy...
wan sihat ka???
ummieee!
tahniah kak Illy :)
tahniah jugak buat ummie, yang tak penah mengenal penat dalam rutin menjadi ibu yang terbaik!
ct pun sayang ummie!
ct...
Terima kasih bgi pehak Illy, kalau nak ikutkan penat,mg penat... tapi demi kejayaan anak2 dan masa depan mereka.. umie berkorban apa saja... itu tangungjawap ibu@bapa buat anak2... alhamdulillah kak Illy mmg seorang anak yg memahami akan mak ayah dia...
*sayang ct jugak...
Antara kepuasan yang diperolehi oleh kedua ibu bapa ialah bila anak anak mereka berjaya dan terus berjaya.
Kama amat gembira bila anak sahabat Kama berjaya menyambung pelajarannya ke menara gading.Syabas buat Kak Yong dan Pak Yong yang senentiasa berdoa agar anak anak berjaya.
Tahniah Kama ucapkan buat sianak dara ummie tu ..Tolong sampaikan pesanan Kama ini kepada beliau...
"Biar Kita menjadi orang yang terbodoh tetapi dalam kumpulan orang orang yang terpandai DAN JANGAN kita menjadi orang yang terpandai dalam kalangan orang orang yang kurang cerdik" renung renungkan lah.Muga beliau berjaya dengan cemerlangnya nanti.Insyaallah.Amin.
Kama,
Kama sebagai bapa pasti tau apa yg umie rasakan apabila anak2 dapat meneruskan pengajian melebihi dgn apa yg ada sekarang...Hanya doa sahaja yg dapat kita panjatkan, semoga dia beroleh kejayaan. Kelegaan ayah ibu bila anak2 dah mendapat pekerjaan yg menjamin masa depan mereka... dan boleh berdiri dgn sendirinya tanpa bantuan dri kita.... betul tak kama..?
Post a Comment