Umie baru dapat email dri seorang sahabat yang boleh utk kita kongsi bersama...
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah. |
Thursday, February 28, 2008
KONGSI-KONGSI CERITA
Saturday, February 23, 2008
CACA MERBA

Sambil2 aku susun bunga ni.... otak aku berfikir juga... mana patut aku nak bubuh nanti... Itu gubahan bunga yang belum lengkap, masih banyak kekurangan nya... sebab tu aku ambil cuti minggu depan sebab nak siapkan kerja2 kat rumah yg masih terbelangkalai. Nak ronda2 Kuala Lumpur. huhuhu.. penat nya... kena naik bas, sebab parking mahal bangett...




MACAM-MACAM ADA...
Pertamanya:
Sabtu lepas, aku ke opis dgn kak Illy dan Yana, hanya nak siapkan kerja yg belum beres. Biasa lah.. unit kami ni memang terlibat secara langsung dgn siaran program TV, kami bekerja dgn berbagai2 penerbit. Setiap kerja ada due date. kalau dia kata.. nak ptg ni... kita kena la siapkan ptg tu jugak, sebelum waktu siaran.. Sebab tu kami di galakan mengambil kerja lebih masa, untuk menyampurnakan segala tugas.
Hari tu,kami naik kereta bertiga. Selepas aku punch in, aku bgi pass aku kat Kak Illy supaya dia senang nak keluar dri kawasan Office aku, atau senang cerita, tak payah la Kak Illy bunyikan horn minta bantuan PAK GUARD utk bukakan Palang Gate.Kak Illy hanya nak ke Shah Alam utk ambil barang yg tertinggal di rumah dia, lepas tu dia akan datang balik utk ambil umie di office. Selesai kerja2 umie, kami pun terus balik dalam pukul 5.30.
Isnin pagi, semasa umie nak slash kad di Balai Pengawal. tetiber je pass aku INVALID. fikir dalam hati.... pasal apa la pulak?? agaknya sbb pass dah lama tak update la kot... Nasib baik, kebetulan... aku ada tumpangkan kawan dri bus stop di bawah tu, jadi aku gunakan pass kawan aku tu utk masuk dalam kawasan.
Sampai di opis, boss aku bgi aku SALINAN REPORT keluar dan masuk kenderaan kawasan angkasapuri. Boss aku kata... "Pegawai Keselamatan nak jumpa"...
Gesa2 je aku pergi kat office Guard tu... sbb aku pun dah lupa yg aku ada bgi pass keselamatan aku kat Kak Illy hari tu...
"Puan tau tak sebab apa saya panggil puan dtg kesini??" "Tak tau" aku jwp selamber... Dia pun tunjuk la salinan keluar masuk kenderaan sabtu lepas kat aku...
Aku mintak dia explain apa kesalahan aku pada hari itu.... Panjang lebar juga la... sampai telinga aku panas jugak la...
Sebab aku tau kesalahan aku... malas la nak jwp banyak2... hanya aku minta maaf kat dia... dan aku kata, aku tak buat lagi...
Huhuhu.. aku rasa berbaloi jugak la apa yg aku dapat katakan kat dia...
Hari ini hati aku agak terasa lapang ... walaupun masih ada sisa2 terkilan di hati, masih ada bintik2 kelabu asap di ruang dada aku. Tapi aku sembunyikan keresahan hati dengan kuntum-kuntum2 senyum walaupun tak semanis selalu...
Buat seketika ini, umie agak slow sedikit nak tulis entry baru... Minggu hadapan umie nak cuti seminggu, nak ronda2 Kolompo... Harap2 lepas ini tak ada masalah akan timbul..Esok kena juga datang ke Office ni... sebab kerja2 memang masih yg terbengkalai... nak selesaikan jugak sebelum cuti bermula...
*Ya Allah.. selamatkan aku dan juga sahabat2 ku... tunjukan lah setiap langkah kami ke jalan kebaikan....aminn....
Tuesday, February 19, 2008
Sunday, February 17, 2008
KECIK NYA HATI
Sabtu. Mana tak bersepahnya, persiapan untuk kenduri kawin Along makin hari makin dekat. Kotak2, bunga2, reben2 semua terlonggok je bawah tangga.... sekali sekala tu kalau mood aku Okey, aku ikat reben2 untuk dijadikan penghias serba guna. Sepi seketika. tetibe... Along : Mak keje tak hari ni..? umie : kerja.. kenapa..? Along : kalau mak kerja, transfer semua file2 dalam PC mak dalam external hard disk... umie : tak payah la Long... tak apa le.. mak guna PC lama jer... Along : PC Along laju sikit.... umie :............................... (sepi) Bila Along tgk aku buat bodoh jer... tak berkata sepatah apa pun... dia pun naik atas semula. Mungkin dia perasan aku "TERASA hati" Aku malas nak pindah2 file yg ada dlam PC aku... Tak per, aku guna PC yg ada sekarang ni jer.. (dah beberapa hari ni memang umie berkecil hati), tapi aku tak tau nak kecik hati kat sapa... atau mungkin sebab usia yg makin ranum aku jadi sensitif. Aku bukan jenis yg berfikiran negetif pun selama ni... tapi kali ini aku2 betul berkecil hati. Dalam unit kami (UNIT GRAFIK) hanya ada beberapa orang saja permanent staff, tu pun masing2 akan berpencen. Dari tahun kesatahun kami akan meninggalkan office ni.Lain2nya hanya kontrek atau di jabatan kami, kami panggil Artis Berjadual (dtg dri mana pun aku tak tau nama tu). Bab pembahagian komputer baru yang lebih canggeh ni... Herannya kenapa kami orang lama tak dapat bahagian? semua nya bahagikan utk Artis Berjadual.... termasuk la Along, sebab tu Along nak bgi komputer lama dia kat aku. Tapi, kalau aku dah kata "tak nak", aku memang tak nak... kau kasi lah kat orang lain.... |
Saturday, February 09, 2008
Majlis Perkahwinan anak Kama & Ct Zaleha


Gambar diatas: 1. Pasangan romantik tuan rumah
2.Umie dgn isteri kama (Siti Zaleha)
3. Persembahan pencak silat
4. bunga telor(aku gumbira sbb dapat telor )

: Nani dan suami (king fisher), Lightcoke dan partner dan Zaki (PL)
Monday, February 04, 2008
Blurrr je AKu

Tapi pun sebenarnya niat ke situ, pertamanya nak ushar2 barang2 perkawinan Along nanti... kot2 la dapat idea nak buat gubahan ke... maklumlah.. aku ni tergolong dari orang2 seni juga la... (kununnya)...
Kebetulan pada 10hb ini, kama juga akan mengadakan majlis perkawinan
Umie kenal nickname:"kama_sutra" (tgk betul2 ejaan).Dulu dia selalu kena kick dengan Moderator kampungchat disebabkan nickname nya yg berbau 18S x. Dia dikenali sebagai seorang puitis dan bijak mengunakan ayat2 yang indah dan tersusun rapi.
Masa tu kami memang mesra , antara sahabat2 yang masih berhubung sehingga sekarang... saperti , CTZ, JD_cool, ves, Lady^D, zuha, manjaT

Tengah dok masak utk lunch tu... Herman Catering call... dia kata nak bgi lauk,,, (ikan masin dgn nenas masak lemak), dgn (kerabu togeh campo kerang)... dalam hati...
Pastu dia bawakan sample kuah lapis sarawak, ibunya yg buat sendiri... yum yummy sedapnya... yg umie display belah atas tu,dia bgi umie rasa utk mkn... pastu sapa2 yg nak order.. silakan...
Yang bawah tu... dah siap masuk dlm plastik utk umie bawa ke Office... kueh contoh dan utk rasa sekali...
(berat 1200 gm = rm60) kalu nak order separuh pun boleh.
NI, gula2 strawberry,
Practical student kat office umie yg bagi. Kampung dia memang kat cameron highland, Setiap weekend dia balik sana... (bestnya dok tempat sejuk)
Pasni dia nak balik kampung lagi... rasa2nya nak minta dia tolong belikan lebih banyak lagi... hihihi.. sedapp....