Tuesday, February 19, 2008

Happy Birthday OD


OD yg maniss... Happy Bezday, umie letak dlm blog umie jugak la no...

Sunday, February 17, 2008

KECIK NYA HATI

Sabtu.

Pagi tu sepi , semua anak2 masih duduk di atas, biasa nya kalau cuti sekolah dia org memang lewat turun bawah. Sarapan pagi itu hanya cekodok pisang yg aku buat sendiri dan karipap yg aku beli dari Cik Bibah sebelah rumah...Sambil menghirup kopi O, aku pandang sekeliling rumah aku... "bersepahnya" detik hati aku.

Mana tak bersepahnya, persiapan untuk kenduri kawin Along makin hari makin dekat. Kotak2, bunga2, reben2 semua terlonggok je bawah tangga.... sekali sekala tu kalau mood aku Okey, aku ikat reben2 untuk dijadikan penghias serba guna.

Sepi seketika.

tetibe...

Along : Mak keje tak hari ni..?

umie : kerja.. kenapa..?

Along : kalau mak kerja, transfer semua file2 dalam PC mak dalam external hard disk...

umie : tak payah la Long... tak apa le.. mak guna PC lama jer...

Along : PC Along laju sikit....

umie :............................... (sepi)

Bila Along tgk aku buat bodoh jer... tak berkata sepatah apa pun... dia pun naik atas semula. Mungkin dia perasan aku "TERASA hati"

Aku malas nak pindah2 file yg ada dlam PC aku... Tak per, aku guna PC yg ada sekarang ni jer.. (dah beberapa hari ni memang umie berkecil hati), tapi aku tak tau nak kecik hati kat sapa... atau mungkin sebab usia yg makin ranum aku jadi sensitif. Aku bukan jenis yg berfikiran negetif pun selama ni... tapi kali ini aku2 betul berkecil hati.

Dalam unit kami (UNIT GRAFIK) hanya ada beberapa orang saja permanent staff, tu pun masing2 akan berpencen. Dari tahun kesatahun kami akan meninggalkan office ni.Lain2nya hanya kontrek atau di jabatan kami, kami panggil Artis Berjadual (dtg dri mana pun aku tak tau nama tu).

Bab pembahagian komputer baru yang lebih canggeh ni...

Herannya kenapa kami orang lama tak dapat bahagian? semua nya bahagikan utk Artis Berjadual.... termasuk la Along, sebab tu Along nak bgi komputer lama dia kat aku. Tapi, kalau aku dah kata "tak nak", aku memang tak nak... kau kasi lah kat orang lain....




Saturday, February 09, 2008

Majlis Perkahwinan anak Kama & Ct Zaleha

SELAMAT PENGANTIN BARU
Hari ini 10hb Februari 2008, berlangsungnya
Majlis perkahwinan anak kama yang di adakan di rumah beliau di Bandar Baru Sungai Buluh.
Ketibaan pasangan mempelai di iringi oleh kumpulan angkatan tentera laut.
Segak sungguh.

Majlis berjalan dgn lancar dan meriah dengan kehadiran tetamu yang hadir.Umie turut terhibur dgn persembahan pencak silat oleh belia2 kawasan tersebut, termasuk anak tuan rumah sendiri.

Gambar diatas: 1. Pasangan romantik tuan rumah

2.Umie dgn isteri kama (Siti Zaleha)

3. Persembahan pencak silat

4. bunga telor(aku gumbira sbb dapat telor )


Tetamu yang hadir, terdiri dari kawan2 kampungchat.com
: Nani dan suami (king fisher), Lightcoke dan partner dan Zaki (PL)


Gambar kiriman dari kama, semasa majlis akad nikah



Majlis persandingan di pihak perempuan di Klang, Selangor

Sama cantik dan sama padan

Monday, February 04, 2008

Blurrr je AKu

Semalam (Ahad), umie saja ke jalan TAR, kununnya hanya nak jamu2 mata je.... Tapi mata umie ni kalau nampak yg cantek je... pasti nya nak beli. Tu mmg perangai "huduh" aku.

Tapi pun sebenarnya niat ke situ, pertamanya nak ushar2 barang2 perkawinan Along nanti... kot2 la dapat idea nak buat gubahan ke... maklumlah.. aku ni tergolong dari orang2 seni juga la... (kununnya)...

Kebetulan pada 10hb ini, kama juga akan mengadakan majlis perkawinan
anak ke tiga nya yang merupakan putera ke dua dari TUJUH adik beradik,
so umie belikan sekali kotak utk isi gula2....

Umie kenal nickname:"kama_sutra" (tgk betul2 ejaan).Dulu dia selalu kena kick dengan Moderator kampungchat disebabkan nickname nya yg berbau 18S x. Dia dikenali sebagai seorang puitis dan bijak mengunakan ayat2 yang indah dan tersusun rapi.
Masa tu kami memang mesra , antara sahabat2 yang masih berhubung sehingga sekarang... saperti , CTZ, JD_cool, ves, Lady^D, zuha, manjaT
, kak zai, kak hanie, Yus, amie, nana dan lain2nya yg seangkatan dgn nya...


Tengah dok masak utk lunch tu... Herman Catering call... dia kata nak bgi lauk,,, (ikan masin dgn nenas masak lemak), dgn (kerabu togeh campo kerang)... dalam hati...
"ehhh ingat gak kau kat aku erk... "TQ Herman.

Pastu dia bawakan sample kuah lapis sarawak, ibunya yg buat sendiri... yum yummy sedapnya... yg umie display belah atas tu,dia bgi umie rasa utk mkn... pastu sapa2 yg nak order.. silakan...

Yang bawah tu... dah siap masuk dlm plastik utk umie bawa ke Office... kueh contoh dan utk rasa sekali...
(berat 1200 gm = rm60) kalu nak order separuh pun boleh.


NI, gula2 strawberry,

Practical student kat office umie yg bagi. Kampung dia memang kat cameron highland, Setiap weekend dia balik sana... (bestnya dok tempat sejuk)

Pasni dia nak balik kampung lagi... rasa2nya nak minta dia tolong belikan lebih banyak lagi... hihihi.. sedapp....

Saturday, February 02, 2008

Monday, January 28, 2008

Pojaan Hati Ku


Umie suka dengar lagu dulu2... mmg best

Cuba teka... sapa yg nyanyi lagu ni,,,

Sunday, January 27, 2008

RUMAH KU, syurga ku

Minggu lepas, umie pergi jenguk rumah yg telah pun di beli kira2 3 tahun lepas.
KAwasan nya yg mendamaikan, tidak terlalu sibuk,
dan agak jauh dri pinggir kota yg
amat sesak sekali.Tetapi akan datang tak tau la...
mcmana rupa kawasan ni nanti.
Pada mulanya umie hanya nak temankan officemate tgk rumah contoh,
tetapi bila umie sendiri tenguk kawasan tu,
dan interior design nya yang menawan hati umie.
terus jer umie terpikat,
dan masa itu juga umie booking.
Harga yg berpatutan (mampu dgn gaji umie yg ciput, dan selalu ukur baju di
badan sendiri) huhuu...
Rumah LIMA tingkat yg di sediakan lif dan lot parking berbumbung.
Harga masa tu sebanyak RM89,000 +, ada tiga bilik tidur. Dalam hati umie...
mana la tau, satu hari nanti kalau umie tak mampu nak bayar balik pinjaman,
umie boleh jual jer.. ahaks... Beberapa bulan kemudian,
semasa Along nak beli rumah di kawasan itu, harga rumah yg sama
dgn rumah umie, dah mencecah
ke RM113.000+. (nasib baik dah beli awal).

ATAS:
kawasan rumah yg telah siap tapi dalam proses pembinaan lot parking.
Mungkin dalam sebulan lagi kami akan dapat CF.

Ni rumah contoh, masa ni la gerak hati umie tertambat utk memilikinya.
(dapur dan kawasan yg sewaktu dgn nya).

Kawasan bilik yg sederhana besar..
Adakah aku akan meniru susun atur nya nanti??
Aku masih banyak benda yg kena fikirkan.
Apa2 pun bab kenduri Along aku utamakan dulu..
Hanya aku bersyukur sebab rumah ni siap dalam jangkan masa yg telah ditetapkan.
Mula2 tu aku sangat2 risau sebab bila aku tgk TiVi, banyak rumah2 terbengkalai
hingga 9 tahun lamanya... dia orang kena bayar balik pinjman Bank,
lepas tu kena sewa rumah lagi. .. aku sungguh kasihan dgn
nasib mereka...
wassalam

Monday, January 21, 2008

EMPAT HARI TIGA MALAM

Baru ni cuti awal Muharam umie balik ke kampung, jenguk2 family... ayah, ayah mertua dan ibu mertua. Kami balik bertiga sajer.. (umie, kak Illy dgn Yana). Sempat kak Illy ambik gambar bunga senduduk, dia org mana tau khasiat pokok ni. umie kata pokok ni boleh redakan darah dri terus keluar sebab terluka. masa umie kecik2 dulu, kalau terkena serpihan kaca ke.. luka ke, carik daun pokok ni lalu tumbuk dan tepekkan di tempat yg terluka, akan berhenti la darah dari terus mengalir. (arwah nenek yg beri petua)




Sempat ambil gambar di DAtaran Yong Peng berdekatan rumah Pak Yong, Mak Mertua umie kata, sambutan Tahun BAru 2008, di adakan pertunjukan kebudayaan di sini. Kuda Kepang pun ada selain bunga Api.


Kak Illy kata, "JOM POYO2.." abah tak ada... kalau Abah ada dia tak berminat nak berpoyo2 dgn kita orang. Abah lebih suka dok rumah lepak2 sambil tgk TiVi..


Erm.. anak dara umie ni kalau posing , tak hingatt dunia... ala2 kadar udah le Yana oii...


Sempat ke Pekan Air Hitam, jemu2 mata... ini lah dapatnya...

(standby utk kenduri Along nanti) beg comey pol kedot boleh di isi apa2 yg patut.



Mak Long dgn Mak Ngah sedang bergaya. Mak Long dah ada 4 menantu dan 7 org cucu. Mak Ngah ?? Insyaalah la no....


Lenggang jer Pekan Bukit Gambir yg sedang dalam pembangunan.
NI time hari minggu banyak kedai tutup.Tapi kalau hari raya,
dipenuhi dgn manusia yg pulang ke kampung.




Saturday, January 19, 2008

LAGU LAGI...

Tajuk lagu: RINDU,

Penyanyinya, Hetty Koes Endang. Rasanya lagu ni sekitar awal tahun 80'an... kalau di nilai dari fesyen pakaian nya pada ketika itu. Lap lip lap...! Kalau cermin muka hilang boleh guna baju penyanyi waktu tu.ahaks..

Apa pun umie memang meminati lagu2 penyanyi Hetty Koes Endang sejak dari dulu lagi. EEnnakkk didengar deh...!