Saturday, January 19, 2008

DAN LAGU LAGi.....

Tajuk lagu: HATI YANG TERLUKA.

(Broery Marantika)

Wednesday, January 16, 2008

Nak Happy-happy

Umie meminati lagu2 Broery Marantika dari dulu2 lagi.... suara nya yg garau dan mantap yg membuatkan umie terpikat. Tpi dia telah kembali di sisi Tuhan dalam usia awal 50an (kalau tak silap). Umie nak abadikan lagu2 Broery sebagai koleksi. Selain beliau umie meminati suara Hetty Koes Endang... juga akan umie masukan dlam blog, hanya sebagai hiburan.

Lagu Jangan Ada Dusta Antara KIta, khas yg meminati lagu2 sentimental (mcm umie) ahakss,,,,

Wednesday, January 09, 2008

Selamat Menyambut Tahun Hijrah1429

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429


Maal Hijrah adalah satu penghijrahan dari yang tak baik utk kebaikan atau yg baik utk yg lebih baik... Insyaalah. HIJRAH JUGA SATU PERJUANGAN.

Semalam dah bersiap sedia nak ke Masjid Negara. Tetiba hujan turun dgn lebatnya. Payong ada dalam kereta . Bila hujan dah renyai2 gagahkan diri juga nak turun ke parking. Keluar je dri office, jalan menghala ke Bangsar dah jem. Kensel ke Masjid Negara terus balik ke rumah.

Sampai rumah cepat2 siap sedia sementara nak masuk waktu magrib. Ajak sekali anak2 utk menyambut tahun baru Hijrah di rumah saja. Kami sempat membaca Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun... seterusnya membaca surah yassin,,,alhamdulillah.

Azam tahun ni nak mencari lebih kebaikan, lebihkan bersedekah dan kebajikan.

Insyaalah

====================================================================

SMS sahabat lama berbunyi: YA ALLAH, di awal tahun yg mulia ini berkatilah SaudaraKU ini, limpahkan rezekiMU padanya,tunaikanlah segala azamnya pada tahun ini, bahagiakan dia & keluarganya & mudahkan urusannya terimalah ibadahnya serta ampunilah dosanya dan selamatkannya didunia dan akhirat bagitu juga dgn diriku & keluargaku, Amin.. SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH

SENDER:Kama

Kama, umie tau kama ada jenguk2 blog umie ni. harap dapat tinggalkan jejak mu, doa ku utk kama sekeluarga, semoga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki dan sentiasa dalam kebahagiaan disamping anak2 juga cucu serta menantu.... amin....

*Nak tambah menantu jgn lupa jemput umie yer...

Saturday, January 05, 2008

AGAK SIBUK SEKARANG.

Kebelakangan ni umie agak sibuk. Tapi nak kata sibuk tu tak la sangat,,,, tapi macam sibuk pulak. Rasanya Kepla Otak umie yg sibuk sbb macam2 nak kena fikir... Kadang peningg... kadang2 Blurr... Entah la. tak tau nak buat yg mana satu dulu..??

April ni Along nak mengakhiri zaman bujang trang tang tang dia.. dah sampai JODOH dia.
Alhamdulillah sebab ada jugak org nak kan dia.
Dulu dia pernah bercinta dgn sorang gadis dari Perak, tapi tak panjang perkenalan dia. Umie mmg kenal dgn dia sebab dulu dia practical di RTM. Satu hari, GF dia hantar email kat umie cakap terus terang mengatakan yg dia tak sesuai dgn Along.
Aku pun tak heran dia ckp mcm tu... mmg Along tu ada masa hangenn satu badan.. ahaks..
Sib baik la Safiah sudi menerima lamaran Along. Alhamdulillah
Dua tiga hari ni dok memikirkan perancangan seterusnya..
Mula2 nak buat kat dewan dekat2 dgn umah, tapi bila bgitau kat adik beradik umie, depa kata buat kat rumah je.. sebab dia org senang nak beramah mesra
dgn sedara mara yg dtg. kira orait je la...
Khemah dah booking
pelamin pun dah booking.
makeup dah booking juga.
lain2 tu belum lagi.... pening lagi....!!!
Ni dok tengah nak pilih warna yg sesuai pulak.....



contoh2 bunga telor.. mana satu cantek??

Bekas apa2 saja... bubuh kek pun ok jugak...

Bunga ni jumpa masa ke giant baru ni... saja je beli kot2 boleh digunakan nanti.

Nanti sambung lagi nak tulis apa2 yg perlu.... nak bgi hilangkan pening dan ghisau.. huhuhu....


Monday, December 31, 2007

SEPANJANG TAHUN 2007


Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2007. Aku rasa masa terlalu cepat berlalu, dan aku terus mengharap tahun 2008 akan di lalui dengan lebih baik dari tahun2 yg 2007.



Ni kampung Pak Yong selepas di landa BANJIR pada awal tahun 2007. Mak dan ayah mentua umie hanya tinggal berdua sahaja.... Banyak pokok2 yang mati. Masa ni balik kg tolong mengemas barang2 yang dah tak boleh digunakan lagi.




^ Hari Ulang tahun umie... ;-)^




^ Majlis pertunangan anak Umie, Khairool dgn Safiah pada 25/2/07^


^Cuti-cuti Malaysia di Pantai Port Dickson^

Kenangan Manis di rumah anak2 yatim Darul Izzah, Bangi. Pertama kali bertemu
BLOGGERS. ONDE, PB, Pinnut,RAD dan lain2nya....

Terima kasih sekali lagi buat JDIdham & Family. Terima kasih banyak2 dari kami

Semoga Allah berkati hidup mu sekeluarga... ameennnn..


Masa Hari RAya Aidilfitri.
Mengambil kesempatan singgah di tepi pantai Tanjung Mas, Muar
sambil menikmati MEE BANDUNG Muar dan ROJAK PETIS... yumm yum..

Hari RAya Aidiladha baru2 ni....

Dalam dulang tu lauk pauk
dari jiran. Biasanya kami bertukar2 makanan bila musim2 perayaan.
Seronok kami dapat merasa masakan bermacam2...
Kali ini umie dgn Pak Yong bawa mak & ayah mentua ke rumah
anak perempuan nya di KOta Tinggi, Johor.
Setiap kali aku lalu di pekan Kulai aku nampak bangunan yg
terbengkalai dari dulu lagi hingga kini di tengah2 bandar (sakit mata)

Sunday, December 30, 2007

BLACK AND GOLD


Andainya dulu, umie berulang alik ke Office dgn hubby, tapi sekarang umie dah
berasingan pergi dan berasingan balik. MASING2 dan ASING2.
Sedih juga bila ku kenang2kan. Tau2 jer la... bila berdua2 dalam kereta,
macam2 cerita ada....
ada kala sampai merajuk2... hik hik hik....
Bukan apa... tu tandanya kami bergurau senda....
tambah kasih dan sayang bila meningkat usia....
Sebelum ni umie akan sampai rumah dalam pukul 8.30 atau 9.00 malam setiap hari,
anak2 terpaksa beli makanan sendiri di kedai, atau umie akan beli sekali
semasa dalam perjalanan balik. HUbby kuar dri tempat kerja pukul 7.00 malam, sampai office umie dalam pukul 7.20 malam... jenuh gak umie nak tunggu dia... (pukul 7.00pagi dah keluar rumah).

....Tapi sejak berASINGan ni, aku sampai rumah pukul 6.30ptg... sempat la nak masak apa2 yg patut utk family.

Along nak kawin April tahun depan... insyaalah
Aku tak nak susahkan dia, bila dia dah ada family sendiri...
Itu pun salah satunya umie perlukan sebuah kereta lagi....
(Anak 5 org )
Semoga Tuhan berikan kami rezeki yang secukupnya... insyaalah.
*Adakala kerinduan itu datang mengetuk pintu hati ku.... huhuhu...

Monday, December 24, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Esok 25 Dec. dan akan berakhir tahun 2007,
....dan menjelma lah tahun 2008 tak lama lagi. Selalunya orang akan tanye "Apa Azam Baru di tahun baru..?"... Biasanya kalau ada kawan2 tanye kat aku...aku jawap... "terlalu banyak azam sehingga tak tercapai"...

Tapi, bagi aku... setiap sambutan Awal Tahun, yg terbenak dalam kotak fikiran aku ialah, "Makin TUaaa dah aku..." sama juga bila sambutan ulangtahun diri kita , ayat itu juga yg terkeluar dri mulut kita... Tua dah akuu...

10hb. Januari pulak 1 Muharam 1429 HIjrah., tak jauh bezanya
sambutan tahun baru omputih dgn kelendar Islam.
Setiap hujung tahun, yg pasti aku fikir, ialah
cukup ke apa yang telah kita lakukan?Amalan kebaikan kita utk
keluarga dan orang lain...
DI terimakah segala Ibadah yang kita lakukan sepanjang tahun ni..??
Semua dalam persoalan, hanya Tuhan yg mengetahui..

Persediaan kena ada utk menghadapi hari2 akan DATANG...
TERASA BENAR AKU KALI INI.... aku makin menyenja...




Tuesday, December 18, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Korban


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan2. Kepada yang akan beraya di kampung, berhati2 di jalan raya... sekarang musim hujan dan banjir di setengah2 tempat.
Umie pelan nak balik ke Muar esok iaitu sehari sebelum raya.
Tapi.....
anak2 umie semua tak nak ikut balik kampung.... depa nak beraya kat KL, susahnya hati aku. Tak kan umie dgn huby je yg balik kg...?? kalau kita ajak balik ke kampung,,,, soalan dia org" Kat kg. ada sapa?? " umie jawap le.. "kat kg ada Iddin anak Mak Itah, ada intan2 payong anak cik Nani...." Dia org terus diam dan umie pun mati akal...
Esok nak usaha juga pujuk2 balik ke kg....
Umie kesian kat ayah, kesian juga kat mak ayah mentua umie. Ayah masih ada anak2 lain yg dtg menjenguk selalu tak kira waktu, sbb adik duduk tinggal berdekatan dgn rumah ayah.
Tapi...
Mak dan ayah mertua umie, hanya tinggal berdua sahaja, ayah mertua kelihatannya semakin uzur... tak sanggup kalau raya ni umie tak balik beraya dgn dia org. Ada anak lelaki sulong tinggal berdekatan, tapi Tuhan lebih menyayangi dia dan kembali ke Rahmatullah 3 tahun yg lepas, dalam usia 60 tahun kerana kanser usus. Hubby ada 6 beradik, 5 laki2 dan 1perempuan. Hubby anak ke 3. Adik dibawah dia laki2 pun meninggal dunia 6 tahun lepas kerana kanser kelenjar. Sekarang ni tinggal la 4 beradik yg semuanya dah kahwin. Semua adik2 hubby beraya kat rumah mentua masing2... kesian pulak kalau aku tak balik beraya... tak kan dia nak beraya berdua je...
Di Johor,
Raya Haji tak semeriah di negeri Pantai Timur...
di kampung umie juga kg hubby sambutan ala kadar sahaja, tak ada sapa pun yg dtg ziarah, cuma makanan tu masakan mcm raya aidilfitri juga ,,,, ada ketupat rendang, lontong, kuah kacang... makan la kami sekeluarga.... bersama2.



*nak pujuk anak2 ajak balik kampung*

Wednesday, December 12, 2007

Anugerah

Anugerah Angkasapuri pada
7hb Dec 07

Tak tau nak citer apa2, sebab umie hanya menghadiri Majlis yg penuh makna itu, Kebetulan Along penerima Hadiah Pereka Grafik Terbaik 2006, antara agensi2 Kem. Penerangan Malaysia. umie hanya penonton dan terima kasih kepada Tuan Haji Hanafi mewakili pihak Along utk mengambil Trofi, sijil dan tiket penerbangan.
Along tak dapat hadir disebabkan dia menjalankan tugas sempena SUKAN SEA di Korat.
Tahniah Along.

Saturday, December 08, 2007

TERIMA KASEH

Umie tak ada cerita menarik, cuma nak ucapkan ribuan terima kasih utk PB kerana menunjuk ajar serba sedikit ilmu yg dia ada, dan blog umie akan di update dari masa ke semasa... seronok juga tukar2 wajah... dan belum ada kesempatan utk meng *add* kawan2 umie, nanti lah kalau ada kelapangan.... muahhhh utk PB.

Terima kasih juga kepada OD, kerana mengajar umie utk masukan lagu. harap OD sihat walafiat buat masa ni... mwahhh juga utk OD.

Ada sorang lagi, BUDIN namanya dan nampaknya semakin bertambah femes sekarang, semalam jumpa dia di auditorium perdana, pagi tadi terserempak dia lagi di foyer wismaTV. "Dunia ni kecil" katanya... niat di hati nak ajak dtg ofice umie sbb nak minta tunjuk ajar yg lain2 nya mcm blog dia tu... ada ruangan sembang.... tapi apakan daya ku... *AKU SGT PEMALU*

... dan kepada IDHAM ... ribuan terima kasih kerana dia yg banyak memberi tunjuk ajar utk mengenali dunia blog.

wassalam...